Untung bersih 2QFY24 Hextar Global melonjak kepada RM24.8 juta dipacu prestasi cemerlang bahan kimia khusus | DagangNews Skip to main content

Untung bersih 2QFY24 Hextar Global melonjak kepada RM24.8 juta dipacu prestasi cemerlang bahan kimia khusus

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Untung bersih Hextar Global Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2024 (2QFY24) melonjak kepada RM24.8 juta berbanding RM11.3 juta pada tahun sebelumnya dipacu prestasi cemerlang bahan kimia khusus yang mengimbangi margin lebih rendah dalan segmen pertanian.

 

Kumpulan itu berkata, peningkatan dalam keuntungan bersih keseluruhan juga disokong pelupusan segmen produk pengguna yang merugikan pada suku kedua tahun lepas.

 

Katanya, hasil kumpulan terus mencatatkan peningkatan sebanyak 59.5% atau 79.5 juta kepada RM213 juta bagi suku berkenaan berbanding RM133.5 juta yang direkodkan pada suku sama tahun lalu.

 

"Sebahagian besarnya disebabkan sumbangan lebih baik daripada anak-anak syarikat yang baru diperoleh seperti PHG Group yang menyumbang 58% manakala baki 42% adalah hasil peningkatan pendapatan perniagaan sedia ada, khususnya segmen bahan imia khusus yang menyumbang 63% daripada jumlah pertumbuhan organic," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Pengarah Urusan kumpulan, Lee Chooi Keng berkata, kumpulan itu terus menampilkan prestasi emerlang pada separuh kedua 2024 dengan memanfaatkan kepelbagaian strategi mereka.

 

Katanya, segmen bahan kimia khusus menunjukkan prestasi cemerlang dalam pasaran semasa walaupun terdapat ketidaktentutan dalam landskap harga industri.

 

"Bagi segmen pertanian, kami menjangkakan ia akan berkembang pada separuh kedua 2024 memandangkan harga jualan produk racun rumpai semakin stabil dan kami menjangkakan terdapat pergerakan kenaikan harga yang positif pada suku akan datang," katanya.

 

Beliau berkata, prestasi cemerlang itu adalah bukti kerja keras dan semangat kerjasama pasukan merentasi semua segmen perniagaan yang membolehkan kami mengekalkan mencatatkan pertumbuhan pendapatan mampan yang terus memberikan nilai jangka panjang untuk semua pemegang saham.

 

"Sumbangan hasil yang memberangsangkan daripada segmen bahan kimia khas kami menunjukkan pelaksanaan fokus terhadap strategi yang jelas dalam membina perniagaan berdaya tahan kerana hasil dan keuntungan pada 2024 telah melepasi semua rekod sebelumnya," katanya.- DagangNews.com