Untung bersih 9MFY23 Hextar Global susut kesan perbelanjaan faedah tinggi bagi bayaran balik pinjaman - PublicInvest | DagangNews Skip to main content

Untung bersih 9MFY23 Hextar Global susut kesan perbelanjaan faedah tinggi bagi bayaran balik pinjaman - PublicInvest

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 21 Nov - Penyusutan untung bersih Hextar Global Berhad bagi sembilan bulan pertama tahun kewangan 2023 (9MFY23) berpunca daripada hasil yang rendah disebabkan perbelanjaan faedah yang lebih tinggi bagi pembayaran pinjaman.

 

Public Investment Bank Research berkata, ia melibatkan pembayaran pinjaman kumpulan bagi perbelanjaan pemerolehan syarikat pada 2021 yang semakin meningkat. 

 

Katanya, prestasi suku semasa bertambah baik membayangkan keadaan kembali normal pada separuh kedua tahun ini tetapi prestasi separuh pertama adalah lemah kesan daripada harga jualan yang lebih lemah bagi racun herba utama.

 

Pada masa sama, pelanggan juga mengamalkan sikap tunggu dan lihat dalam menjangkakan harga jualan yang lebih rendah.

 

"Walaupun prospek jangka panjang kumpulan bagi jangka panjang dilihat positif namun kami kekal 'neutral' terhadap mereka," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, bagi tempoh 9MFY23, kumpulan itu mencatat keuntungan bersih RM32.7 juta, merosot 27% daripada RM32.7 juta pada tempoh sama tahun lalu.

 

Pendapatan kumpulan itu bagi tempoh sama juga menurun sedikit 1.2% kepada RM455 juta berbanding RM460.9 juta sebelumnya.

 

Firma penyelidikan itu berkata, kumpulan itu baru-baru ini melengkapkan pemerolehan 100% kepentingan ekuiti dalam Propel Chemicals Sdn Bhd dengan harga RM16.5 juta untuk melengkapkan pendedahannya ke dalam ruang bahan kimia minyak dan gas.

 

Katanya, baru-baru ini Hextar mendapat kelulusan pemegang saham untuk melengkapkan pemerolehan pelbagai syarikat melalui 51% milik Hextar Fruits dengan wang tunai RM84 juta, untuk mempelbagaikan perniagaannya daripada ketidaktentuan dalam ruang industri dan kimia khusus.

 

"Kami mengekalkan saranan 'neutral' dengan harga sasaran (TP) 63 sen sesaham," katanya.- DagangNews.com