Untung bersih Al-Aqar REIT susut kepada RM17.59 juta bagi suku ketiga | DagangNews Skip to main content

Untung bersih Al-Aqar REIT susut kepada RM17.59 juta bagi suku ketiga

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Nov - Untung bersih Al-Aqar Healthcare Real Estate Investment Trust (Al-Aqar REIT) bagi suku ketiga turun sedikit kepada RM17.59 juta berbanding RM17.62 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

 

Penyusutan itu disebabkan sewa bersih yang lebih rendah daripada segmen Australia disebabkan peningkatan yuran profesional yang lebih tinggi.

 

Pendapatan seunit bagi suku ketiga berakhir 30 September 2023 (3QFY23) susut kepada 2.18 sen daripada 2.39 sen, Al-Aqar REIT dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Pendapatan sewa bersih suku tahunan, bagaimanapun, meningkat 2.27% kepada RM30.79 juta, daripada RM27.42 juta pada 3QFY2022, berikutan peningkatan 13% dalam sumbangan segmen Malaysia kepada RM27.7 juta daripada RM24.5 juta.

 

Al-Aqar REIT mengisytiharkan pengagihan pendapatan interim ketiga sebanyak dua sen seunit, dibayar pada 27 Disember ini, menjadikan jumlah dividen yang diisytiharkan tahun setakat ini kepada 5.9 sen seunit.

 

Bagi sembilan bulan pertama FY23, pendapatan bersih merosot 8.63% kepada RM50.18 juta daripada RM54.91 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, manakala pendapatan sewa bersih meningkat 10.25% kepada RM90.39 juta daripada RM81.98 juta.

 

Pengurus Al-Aqar REIT, Damansara REIT Managers Sdn. Bhd. berkata, mereka tidak menjangkakan sebarang gangguan kepada pendapatan REIT kerana pendapatan itu disokong oleh pengaturan pajakan jangka panjang dengan Kumpulan KPJ, berikutan pemerolehan hartanah KPJ bernilai RM192 juta tahun lepas .

 

"Dalam memastikan pertumbuhan positif pengagihan kepada pemegang unit, sambil mengekalkan pengaturan pajakan jangka panjang yang berterusan dengan Kumpulan KPJ," katanya. - DagangNews.com