Untung bersih Hexza melonjak kepada RM2.2 juta pada 3QFY23 berbanding RM797,000 pada tahun sebelumnya | DagangNews Skip to main content

Untung bersih Hexza melonjak kepada RM2.2 juta pada 3QFY23 berbanding RM797,000 pada tahun sebelumnya

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 17 Mei - Hexza Corporation Berhad mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM2.2 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Mac 2023 (3QFY23) berbanding RM797,000 pada suku sama tahun sebelumnya.

 

Bagi suku berkenaan, kumpulan itu mencatatkan hasil sebanyak RM16.47 juta, lebih rendah berbanding RM17.68 juta pada tahun sebelumnya.

 

Hasil bagi segmen resin mencatatkan penurunan sebanyak 36.2% kepada RM8.41 juta daripada RM13.17 juta pada tahun lalu akibat jumlah jualan dan purata harga jualan (ASP) yang rendah.

 

"Segmen etanol juga mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 71.6% kepada RM7.16 juta berbanding RM4.17 juta pada suku tahun sama tahun sebelumnya didorong peningkatan julah jualan dan ASP yang tinggi.

 

"Bagi segmen pelaburan, untung sebelum cukai meningkatt sebanyak RM500,000 kepada RM680,000 berbanding RM180,000 terutamanya disebabkan oleh pendapatan dividen yang lebih tinggi daripada saham disebut harga dan pendapatan faedah daripada dana pasaran wang," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Kumpulan itu berkata, walaupun berdepan saingan perniagaan dan suasana operasi, lembaga pengarah yakin kumpulan itu akan mencapai keuntungan operasi bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023 berbanding tahun lalu. - DagangNews.com