Untung bersih Tomei susut kepada RM17.8 juta pada 2QFY23 berbanding RM25.7 juta pada tahun lalu | DagangNews Skip to main content

Untung bersih Tomei susut kepada RM17.8 juta pada 2QFY23 berbanding RM25.7 juta pada tahun lalu

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Untung bersih Tomei Consolidated Berhad susut kepada RM17.8 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2023 (2QFY23) berbanding RM25.7 juta yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lalu.

 

Hasil kumpulan itu juga susut kepada RM223.4 juta berbanding RM297.9 juta pada suku kedua tahun lalu.

 

Kumpulan itu berkata, untung bersih mereka bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2023 (6MFY23) susut kepada RM30.5 juta berbanding RM41.5 juta pada tahun lalu dengan mencatatkan hasil terkumpul sebanyak RM461.1 juta berbanding RM532 juta pada tahun lalu.

 

Pengarah Urusan Tomei, Datuk Ng Yih Pyng berkata, keputusan yang membanggakan bagi suku kedua menunjukkan rekod prestasi mereka yang terbukti dan kejayaan pelaksanaan strategi perniagaan dalam perniagaan barang kemas selepas pandemik.

 

Beliau berkata, kumpulan menggunakan pelbagai strategi untuk menjangkau pelanggan melalui pelbagai saluran jualan melalui pelbagai mengatasi kos operasi.

 

"Walaupun menghadapi banyak masalah di seluruh dunia, kami dapat mengekalkan keuntungan kami.

 

"Kehadiran semula pelancong asing secara beransur-ansur dijangka terus menyumbang kepada pendapatan kami, kerana kedai kami terletak di lokasi yang strategik di kawasan yang boleh dilihat dan diakses oleh pelancong," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Sementara itu, beliau berkata, Tomei akan terus mengambil langkah berhemat bagi memastikan kedudukan kewangannya kekal berdaya tahan walaupun dalam keadaan pasaran yang mencabar. 

 

"Kami juga akan merangka strategi untuk memastikan kemampanan jangka panjang perniagaan kami," katanya.- DagangNews.com