Untung bersih UMediC susut 38.5% kepada RM2.1 juta bagi 1QFY24 berbanding RM3.4 juta pada 4QFY23 | DagangNews Skip to main content

Untung bersih UMediC susut 38.5% kepada RM2.1 juta bagi 1QFY24 berbanding RM3.4 juta pada 4QFY23

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 4 Dis - Untung bersih UMediC Group Berhad susut 38.5% kepada RM2.1 juta pada suku pertama berakhir 31 Oktober 2023 (1QFY24) berbanding RM3.4 juta pada suku keempat berakhir 31 Julai 2023 (4QFY23).

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, penyusutan itu disebabkan oleh purata untung kasar yang lebih rendah selain peningkatan dan perbelanjaan pemasaran serta perbelanjaan pentadbiran masing-masing.

 

Penurunan ini disebabkan terutamanya oleh GP yang lebih rendah serta peningkatan dalam perbelanjaan pemasaran dan perbelanjaan pentadbiran dan lain-lain masing-masing kira-kira RM110,000 dan RM700,000 berbanding suku sebelumnya.

 

"Perolehan kumpulan meningkat RM2.51 juta atau 20.88% daripada kira-kira RM12.02 juta yang dicapai pada suku sebelumnya kepada kira-kira RM14.52 juta pada suku semasa.

 

"Peningkatan dalam hasil terutamanya diperoleh daripada peningkatan pesanan daripada segmen pemasaran dan pengedaran," katanya.

 

Kumpulan itu bagaimanapun yakin terhadap prospek mereka dipacu oleh beberapa pemangkin pertumbuhan kesan daripada peningkatan permintaan untuk menaik taraf kemudahan penjagaan kesihatan, pelancongan penjagaan kesihatan serta keperluan penting untuk menangani kesesakan kemudahan, memperkukuh peranan kumpulan dalam landskap penjagaan kesihatan.

 

Katanya, Kementerian Kesihatan memperuntukkan RM41.2 bilion di bawah Belanjawan 2024, yang merupakan antara peningkatan terbesar dari segi peruntukan.
 

Ia merupakan peningkatan yang kukuh sebanyak 13.5% berbanding peruntukan tahun sebelumnya sebanyak RM36.3 bilion dan ia seterusnya menunjukkan pendirian kerajaan dan penekanan tegas untuk meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan negara.

 

"Menerusi pengembangan strategik kumpulan ke dalam segmen makmal melalui pemerolehan Patho Solutions (M) Sdn. Bhd., mereka dijangka memanfaatkan rangkaian pengedarannya yang teguh dan kehadiran yang mantap sekali gus meluaskan jangkauan pasarannya dalam industri perubatan dengan berkesan," katanya.- DagangNews.com