Untung bersih Unisem susut 81% kepada RM9.86 juta bagi 1QFY23 kesan jualan yang rendah | DagangNews Skip to main content

Untung bersih Unisem susut 81% kepada RM9.86 juta bagi 1QFY23 kesan jualan yang rendah

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 27 April - Untung bersih Unisem (M) Berhad menyusut sebanyak 81% kepada RM9.86 juga pada suku pertama berakhir 31 Mac 2023 (1QFY23) berbanding RM50.6 juta bagi suku sama pada tahun sebelumnya.

 

Hasil kumpulan itu juga menyusut sebanyak 16.6% kepada RM354.05 juta berbanding RM424.44 juta pada tahun sebelumnya akibat penguncupan jumlah jualan yang sangat ketara.

 

"Makluman kepada Bursa Malaysia menunjukkan bahawa kumpulan itu mencatatkan penurunan sumbangan dalam semua segmen perniagaannya," katanya.

 

Kumpulan itu berkata, pasaran Asia paling teruk terjejas dengan penyusutan sumbangan sebanyak 42% kepada RM85.5 juta berbanding suku sama pada 2022.

 

"Walaupun permintaan untuk produk dan perkhidmatan kumpulan pada suku kewangan pertama agak lemah tetapi pengarah kumpulan menjangkakan prestasi mereka akan bertambah baik pada suku kewangan akan datang," katanya.

 

Barisan pengarah kumpulan mengisytiharkan dividen interim pertama sebanyak dua sen sesaham yang akan dibayar pada 26 Mei 2023. - DagangNews.com