UPM kongsi kepakaran kepada Keluarga Malaysia di Jelajah AKM Negeri Sembilan | DagangNews Skip to main content

UPM kongsi kepakaran kepada Keluarga Malaysia di Jelajah AKM Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR 19 Okt - Pakar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berkunjung ke Dataran Seri Jempol, Negeri Sembilan dari 7 hingga 9 Oktober lalu bersempena penganjuran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di negeri itu.

 

Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Mohd Roslan Sulaiman berkata, kunjungan UPM pada Jelajah AKM siri ke-10 itu adalah satu inisiatif yang baik bagi pakar UPM berkongsi segala kepakaran yang ada kepada masyarakat setempat dan membantu mereka yang memerlukan.

 

“Perkhidmatan rawatan kesihatan oleh Hospital Pengajar (HPUPM) diberikan secara percuma kepada penduduk Taman Serting Indah Jempol dan rawatan kepada haiwan peliharaan oleh Fakulti Veterinar UPM," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Tambah beliau, semua orang boleh melihat sendiri bas Pengembangan PUTRA yang merupakan program jalinan masyarakat berasaskan khidmat nasihat dan rundingan untuk mendekati masyarakat secara langsung. 

 

 

upm

 

 

upm

 

 

“Program pengembangan universiti ini dilaksanakan secara perkongsian pintar bersama-sama PTJ lain di UPM dalam pelbagai kluster dan agensi setempat yang berkaitan,” katanya.

 

 

upm

 

 

Dalam program tersebut, pakar UPM juga turut bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi dalam program 'Outreach UPM-KPT' di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Taman Serting Indah Jempol. - DagangNews.com