UPM@WAZAN, PLUS taja 340 pelajar asnaf dan B40 balik kampung secara percuma | DagangNews Skip to main content

UPM@WAZAN, PLUS taja 340 pelajar asnaf dan B40 balik kampung secara percuma

Prof Datuk Dr Mohd Roslan Sulaiman beramah mesra dengan pelajar-pelajar asnaf dan B40 pada Program Jom Balik Raya UPM@WAZAN 2023 di Serdang, Selangor pada 18 April 2023.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 19 April - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama PLUS Malaysia Bhd membantu seramai 340 pelajar golongan asnaf dan B40 dari universiti itu untuk pulang beraya ke kampung halaman secara percuma.

 

Pengarah WAZAN UPM, Prof Madya Dr Mohd Daud Awang berkata, Program Jom Balik Raya UPM@WAZAN 2023 ialah inisiatif membantu serta memudahkan pelajar-pelajar asnaf dalam urusan penyediaan pengangkutan pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri. 

 

“Perbelanjaan bagi menjayakan program ini ialah sebanyak RM29,950 melibatkan 400 pelajar yang dibiayai oleh PLUS Malaysia menerusi sumbangan zakat wakalah kepada WAZAN UPM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Tambah beliau, WAZAN UPM turut mempelbagaikan lagi bentuk-bentuk agihan yang boleh diberikan kepada warga UPM terutamanya dalam kalangan pelajar.

 

Terdahulu, program itu telah berlangsung semalam bermula jam 5.30 petang sehingga 8.30 malam, manakala acara 'flag off' telah dijalankan 8.30 malam yang dilepaskan oleh Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Mohd Roslan Sulaiman.

 

 

upm

 

 

upm
                                                            Prof Datuk Dr Mohd Roslan Sulaiman

 

 

Sebanyak sembilan buah bas menghantar pelajar asnaf UPM di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia Iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Johor.

 

 

upm

 

 

Untuk rekod, WAZAN UPM ditubuhkan pada 1 Oktober 2016 dan menyediakan bantuan kepada seluruh warga UPM dan masyarakat sekitar dengan penuh integriti dan profesionalisme tinggi menerusi Wakaf, Zakat dan Endowmen. - DagangNews.com