Uzma Engineering terima kontrak berjangka daripada Petronas Carigali | DagangNews Skip to main content

Uzma Engineering terima kontrak berjangka daripada Petronas Carigali

Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 15 Feb - Syarikat milik penuh Uzma Bhd memperoleh kontrak berjangka daripada Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) berhubung mudul suntikan air mudah alih (PWIM) untuk platform Sepat.

 

Uzma berkata, kontrak kepada unit milik penuh kumpulan itu Uzma Engineering Sdn Bhd meliputi skop kerja termasuk pengendalian dan penyenggaraan PWIM tetapi tidak terhad kepada pembekalan kakitangan, bahan boleh guna, bahan kimia dan alat ganti dan menaik taraf serta pengubahsuaian unit PWIM sedia ada di Sepat A (sementara).

 

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia, ia juga termasuk penyahtauliahan PWIM dan yang berkaitan dengannya, penempatan semula kemudahan syarikat di Sepat A Well Head Platform (WHP) kepada keadaan asal dan hamparan laut untuk demobilisasi.

 

Kontrak itu, yang berkuat kuasa pada 12 Januari 2024, adalah kesinambungan daripada anugerah sebelum ini yang telah tamat pada 11 Januari 2024.

 

Uzma berkata, kontrak itu akan kekal sah untuk tempoh anggaran 20 bulan atau sehingga kontrak utama Pembangunan Semula Sepat tamat, yang mana berlaku kemudian, melainkan ia dilanjutkan atau ditamatkan lebih awal mengikut terma dan syarat Kontrak.

 

Uzma percaya kontrak itu akan menyumbang secara positif terhadap pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 (FY2024) dan seterusnya sehingga tamat kontrak.

 

"Tiada pengarah dan/atau pemegang saham utama Pansar atau orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan," katanya hari ini.- DagangNews.com