Uzma terima lanjutan kontrak sedia perkhidmatan HWU di Thailand | DagangNews Skip to main content

Uzma terima lanjutan kontrak sedia perkhidmatan HWU di Thailand

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 19 Mac - Uzma Berhad telah menerima lanjutan kontrak untuk penyediaan perkhidmatan unit kerja hidraulik (HWU) di Thailand.
 

Lanjutan kontrak terbabit diperoleh anak syarikatnya di Thailand, MMSVS Group Holding Co. Ltd. Thailand daripada Medco Energi Thailand (Bualuang) Ltd [Medco].

 

Skop kerja tersebut terdiri daripada penyediaan HWU dan perkhidmatan peralatan berkaitan yang diperlukan untuk aktiviti kerja pulih dan perkhidmatan telaga di luar pesisir Thailand.

 

Kontrak ini berkuat kuasa bagi tempoh dua tahun mulai 20 Mac 2024 sehingga 19 Mac 2026.

 

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 dan seterusnya sehingga tamat kontrak,” kata Uzma dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

 

Saham Uzma ditutup rendah pada RM1.25 hari ini, susut 1 sen atau 0.8% dengan permodalan pasarannya berjumlah RM484 juta. - DagangNews.com