Velesto dijangka berdepan risiko penggunaan pelantar penggerudian yang rendah | DagangNews Skip to main content

Velesto dijangka berdepan risiko penggunaan pelantar penggerudian yang rendah

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 26 Mei - Kenanga Research menjangkakan Velesto Energy Berhad berdepan cabaran sukar pada masa akan datang akibat permintaan yang kurang terhadap pelantar penggerudian tempatan.

 

Firma itu berkata, berdasarkan aktiviti terkini Petroliam Nasional Berhad (Petronas), pemintaan untuk pelantar penggerudian itu dijangka tidak berubah untuk tempoh dua tahun akan datang.

 

Katanya, keadaan itu menjadikan kumpulan itu terus berdepan kesukaran pada masa yang sama.

 

"Velesto kekal mengalami kerugian pada suku pertama berakhir 31 Mac 2022, akibat kadar permintaan penggunaan pelantar yang lemah. 

 

"Kami melihat, Velesto perlu meningkatkan daya saing dan mendapatkan kontrak di luar negara bagi mengurangkan kebergantungannya kepada Petronas," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, keputusan kewangan Velesto bagi 1QFY22 dilihat masih berada dalam jangkaan mereka. 

 

"Keputusan itu adalah selaras dengan andaian kerugian penuh sebanyak RM63 juta dan andaian untung konsensus sebanyak RM0.5 juta.

 

"Kami menjangkakan kontrak baharu akan diraih pada suku akan datang bagi meningkatkan penggunaan pelantar penggerudian itu," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'underperform' terhadap Velesto dan harga sasaran (TP) tidak berubah RM0.10.

 

Mereka juga tidak membuat sebarang perubahan terhadap sasaran pendapatan bagi FY22 dan FY23 berdasarkan kepada kadar penggunaan pelantar sebanyak 50% hingg 55%. - DagangNews.com