Vestland terima kontrak RM93 juta bagi projek reka bentuk dan binaan di Shah Alam | DagangNews Skip to main content

Vestland terima kontrak RM93 juta bagi projek reka bentuk dan binaan di Shah Alam

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 17 Julai - Vestland Berhad, melalui anak syarikatnya, Vestland Resources Sdn Bhd telah memperoleh kontrak reka bentuk dan binaan bernilai RM93 juta daripada Mercu Majuniaga Sdn Bhd.

 

Syarikat pembinaan itu berkata kontrak tersebut melibatkan projek reka bentuk dan binaan untuk tiga blok pangsapuri 15 tingkat dan kemudahan berkaitan yang terletak di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

 

Kerja pembinaan tersebut disasarkan siap dalam tempoh 48 bulan dari tarikh permulaan, katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

 

Pengarah Urusan Kumpulan Vestland, Datuk Liew Foo Heen kontrak baharu itu mengukuhkan lagi buku pesanan tertunggak kepada RM1.7 bilion dan menambah jumlah kontrak diperoleh tahun ini sebanyak RM667.6 juta.

 

 

Datuk Liew Foo Heen
Datuk Liew Foo Heen

 

 

“Ini memberikan keterlihatan pendapatan yang kukuh kepada kumpulan dalam tempoh tiga sehingga empat tahun akan datang.

 

“Vestland akan terus memanfaatkan keupayaannya dalam reka bentuk dan binaan khusus agar mewujudkan penanda aras yang lebih tinggi dan mengukuhkan lagi kedudukan kami dalam industri,” ujar beliau.

 

Saham Vestland ditutup pada 35.5 sen hari ini, menokok 1 sen atau 2.9% dengan modal pasarannya bernilai RM335.2 juta.  - DagangNews.com