vivo ungguli pasaran telefon pintar Asia 4Q20 | DagangNews Skip to main content

vivo ungguli pasaran telefon pintar Asia 4Q20

vivo

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 17 Mac. - Syarikat teknologi terkemuka global, vivo mendominasi pasaran telefon pintar Asia bagi tempoh suku keempat 2020 (4Q21) dengan penguasaan pasaran sebanyak 15%.

 

vivo berkata, kedudukan tersebut didorong oleh prestasi pasaran yang kukuh seperti di Indonesia, Thailand dan Malaysia.

 

Jenama berkenaan mendahului semua pengeluar telefon pintar lain dalam penghantaran dalam tempoh berkenaan.

 

.

 

"Selain prestasi yang memberansangkan di Asia, vivo turut mencatatkan kedudukan yang baik dalam pasaran global.

 

"Syarikat ini menduduki tempat kelima dalam penghantaran telefon pintar global pada tahun 2020 sekali gus mencatatkan penguasaan pasaran sebanyak 8.6%," jelas vivo dalam satu kenyataan.

 

Sejak melangkah dalam pasaran antarabangsa pada 2014, jenama berkenaan telah bertapak dalam pasaran Asia serta seluruh dunia.

 

Pada Disember 2020, vivo secara rasminya mengumumkan kerjasama strategik pengimejan global bersama syarikat ZEISS. 

 

ZEISS adalah syarikat peneraju optik dan opto-elektronik selain unggul dalam bidang profesional dan mudah alih.

 

Kedua-dua syarikat berkenaan bakal menubuhkan 'vivo ZEISS Imaging Lab' yang merupakan sebuah program kerjasama R&D bagi menginovasikan teknologi pengimejan mudah alih untuk telefon pintar utama vivo.

 

Usaha berterusan syarikat berkenaan dalam mengembangkan industri serta menerajui teknologi membawa kejayaan dalam pasaran global.

 

Lebih menarik, Malaysia bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara menyambut pelancara siri vivo X60 terbaharu yang akan dijalankan secara maya pada 22 Mac nanti pada pukul 9.30 malam. - DagangNews.com