'Volkswagen Cares' tawar 4 penjimatan | DagangNews Skip to main content

'Volkswagen Cares' tawar 4 penjimatan

'Volkswagen Cares'

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 7 Julai - Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan empat tawaran selepas jualan di bawah inisiatif Volkswagen Cares dalam usaha meringankan beban pemilik kereta sepanjang tempoh yang sukar.

 

VPCM berkata, usaha berkenaan dapat membantu pemilik kenderaan Volkswagen untuk memastikan kos pemilikan kekal mampu milik selain meningkatkan pengalaman pemilikan.

 

Berikut adalah tawaran penjimatan yang disediakan;

1) Pembiayaan fleksibel dengan pelan pembayaran 0% untuk kos selepas jualan

  • Para pemilik kenderaan boleh lega hati dengan adanya pelan pembayaran kos selepas jualan yang mudah dan fleksibel ini. 
  • Mereka kini boleh memilih untuk membayar bil secara ansuran sama ada enam atau 12 bulan dengan kadar faedah 0% apabila menggunakan kad kredit. 
  • Ini sah untuk semua bentuk kerja pembaikan dan servis yang ditawarkan di pusat servis terpilih Volkswagen. Para pemilik dinasihatkan untuk merujuk syarat dan terma spesifik mengenai pelan pembayaran ini dengan pengedar kereta mereka. 

 

2) Diskaun Servis 20% untuk Ahli VCP (Volkswagen Care Plus) 

  • Ahli VCP akan menikmati lebih banyak penjimatan menerusi promosi-promosi ini.
  • Mereka layak untuk mendapat tiga baucar rebat 20% untuk servis penyelenggaraan.
  • Baucar tersebut boleh digunakan bermula tahun kelima servis dan diikuti oleh dua servis lagi dalam tempoh tiga tahun. Selain itu, ahli VCP juga akan menerima bantuan tepi jalan secara percuma untuk dua tahun (tertakluk kepada terma dan syarat).


.

 

 

3) Diskaun 30% untuk Pakej Pembaikan Volkswagen 

  • Penjimatan setiap ringgit merupakan asas kepada tawaran Pakej Pembaikan VPCM
  • Para pelanggan akan menikmati diskaun sebanyak 30% untuk pakej pembaikan terpilih apabila membaiki kereta di pusat servis sah Volkswagen. Ia tertakluk kepada model-model Volkswagen yang berusia lebih dari lima tahun. 

 

4) Faedah Volkswagen Insurance Plan (VIP) 

  • Tidak mempunyai kos pembaikan untuk kereta sehingga 10 tahun, para pemegang polisi akan menerima perlindungan komprehensif dan pelbagai perkhidmatan nilai tambah tanpa perlu membayar sebarang kos berlebihan. 
  • Selain itu, terdapat jumlah yang dipersetujui dan nilai yang diinsuranskan untuk kenderaan sehingga 10 tahun sekiranya berlaku kerugian total. 

 

 

Jelas VPCM lagi, dengan semua pakej menjimatkan kos dan kemudahan servis yang ditawarkan oleh pihaknya, kepuasan pelanggan kekal menjadi keutamaan.

 

"Para pemilik juga digalakkan untuk mengambil bahagian dalam kaji selidik Car Advisor yang akan dikongsi oleh para pengedar mereka selepas selesai setiap servis," ujar VPCM lagi. - DagangNews.com