KUALA LUMPUR 7 Dis - Volvo Car Malaysia mengumumkan peningkatan baharu untuk XC40 B5 Ultimate sebagai sebahagian daripada barisan model tahun 2023 (MY23) terbaharunya.
Dengan rangkaian kuasa elektrik bersepadu, Volvo XC40 B5 Ultimate menggabungkan sistem brek pemulihan tenaga kinetik termaju dengan pembakaran dalamannya yang sedia ada.
Proses pembakaran membantu mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna yang ingin menjalani gaya hidup yang lebih mampan.
Volvo XC40 B5 Ultimate didatangkan dengan enjin pengecas turbo 4 silinder dipacu oleh transmisi automatik 8-kelajuan dengan Geartronic, yang menghasilkan output 263hp dan 390Nm tork.
Model baharu tahun 2023 XC40 B5 Ultimate berharga RM268,888 dan boleh didapati dengan ciri baharu seperti, warna luaran baharu 'Fjord Blue', Sistem Audio Bunyi Premium Harman Kardon, Kamera Pandangan Sekeliling 360°, Sistem infotainment berkuasa Android dengan perkhidmatan Google dan Pembersih Udara Jauh PM2.5.
Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump berkata, ketika mereka menyokong cara hidup lebih mampan, pihaknya juga memahami bahawa orang ramai mungkin perlu membiasakan diri dengan konsep elektrifikasi.
"Inilah yang mendorong kami untuk memperkenalkan versi terkini varian XC40 Mild Hybrid kami, sebagai batu loncatan yang sesuai untuk pemandu yang ingin mengamalkan gaya hidup yang lebih mampan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pelanggan kini boleh membuat pembelian dalam talian untuk Volvo XC40 B5 Ultimate di laman web rasmi Volvo Car Malaysia, www.volvocars.com/my/build/xc40.
MY23 Volvo XC40 B5 Ultimate boleh didapati dalam lima pilihan warna, Fjord Blue, Black Stone, Crystal White, Silver Dawn dan Thunder Grey.
Selain itu, untuk masa terhad sahaja, Volvo Car Malaysia menawarkan perkhidmatan percuma 5 tahun eksklusif (VSA 5), yang layak untuk semua kenderaan Volvo yang didaftarkan sebelum 31 Disember 2022.
Pembeli yang berminat boleh menempah pandu uji melalui www.volvocars.com/my/test-drive-booking atau menghubungi mana-mana pengedar sah Volvo.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di http://bit.ly/VolvoMY-IG. - DagangNews.com