Waspada produk kecantikan `timbang kilo' bawa risiko besar kesihatan kepada pengguna | DagangNews Skip to main content

Waspada produk kecantikan `timbang kilo' bawa risiko besar kesihatan kepada pengguna

Ramai yang terpedaya dengan produk timbang kilo yang sememangnya boleh membawa kemudaratan pada kesihatan
oleh Nurul Izzah Khalib

PRODUK `timbang kilo’ merupakan produk kecantikan yang dihasilkan di negara jiran seperti China dan Thailand malahan di negara Malaysia juga menghasilkan produk `timbang kilo’.

 

Produk kecantikan ini adalah produk yang dijenamakan semula dan diberi bungkusan baharu mengikut jenama yang dikeluarkan di negara ini.

 

Namun, masih ramai yang terpedaya dengan produk timbang kilo yang sememangnya boleh membawa kemudaratan pada kesihatan mereka dalam jangka masa panjang.

 

Ini kerana, produk kecantikan ini mengandungi bahan-bahan terlarang seperti Mercury, Hydroquinone, dan Tretinoin yang dikesan paling banyak digunakan di pasaran sekarang.

 

Hydroquinone merupakan bahan pemutih yang digunakan untuk mencegah pigmentasi kulit.

 

Mercury bertindak sebagai pemutih di dalam produk seperti krim serta sabun dan ia juga mencegah pembentukan melanin untuk menjadikan tona kulit kelihatan lebih cerah.

 

Tretinoin adalah bahan campuran untuk merawat kulit seperti mencegah atau menghilangkan jerawat di kulit.

 

parafrasa
Kewujudan produk kosmetik timbang kilo di pasaran semakin bertambah pada masa kini. - Gambar Harian Metro

 

 

Cara mengenali produk timbang kilo di pasaran:

  1. Tiada pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sebarang hasil ujian makmal.
  2. Pelbagai jenis krim seperti krim siang dan malam.
  3. Bau seperti logam atau terlalu wangi bagi menyembunyikan bauan logam.
  4. Warna krim timbang kilo terlalu pekat dan ‘shining’.
  5. Tekstur yang tidak rata dan terlalu melekit.
  6. Produk yang menjanjikan kesan seawal 3 hari atau seminggu dan perlu bergantung secara berterusan pada produk.
  7. Kulit menjadi pedih, merah atau mudah terkena sunburn.
  8. Kulit menjadi terlampau putih seperti pucat atau putih kelabu.
  9. Muka berjerawat apabila berhenti memakai produk.
  10. Tidak dipasarkan di farmasi atau kedai ubat bertauliah.
  11. Tiada kandungan bahan dan alamat pengilangan dipaparkan pada produk.
  12. Pembungkusan nampak lekeh dan murah.
  13. Menggunakan testimoni yang direka-reka untuk menarik perhatian pengguna.

 

Kesan Penggunaan Produk Timbang Kilo

Kandungan Mercury, Hydroquinone, dan Tretinoin yang terlalu banyak digunakan dalam produk timbang kilo memberi risiko yang tinggi terhadap kesihatan pengguna.

  1. Mercury

Penggunaan mercury memberi kesan kepada kerosakan buah pinggang, ruam, pengurangan jangkitan bakteria dan kulat serta masalah berkaitan dengan saraf.

  1. Hydroquinone

Bahan ini memberi kesan terhadap kulit seperti menipiskan kulit, mudah sunburn, kulit menjadi kering dan mengganggu sistem pernafasan.

  1. Tretinoin

Penggunaan bahan tretinoin yang berlebihan akan menyebabkan kulit menjadi merah terbakar, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada sinaran matahari.
 


 

Nur Bashirah Hussin
                                       Nur Bashirah Hussin


 

Ketua Pegawai Eksekutif juga merupakan pengasas produk kecantikan Charms, Nur Bashirah Hussin telah mengingatkan kepada semua pengguna kosmetik untuk lebih berhati-hati dalam memilih produk kecantikan di pasaran dan bukan menjanjikan perubahan sekelip mata.

 

“Setiap produk kecantikan perlu diproses di kilang yang mempunyai kelulusan Amalan Pengilangan Baik (GMP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta lulus ujian makmal sebelum di pasarkan kepada pengguna,” katanya.

 

“Bahan produk timbang kilo ini kebiasaannya tidak mengutamakan kebersihan serta mengandungi campuran bahan yang meragukan dan ia dihasilkan tanpa penyelidikan makmal,” ujarnya.

 

Oleh sebab itu ujar beliau, ramai pengguna mengadu wajah mereka mengalami kegatalan, kulit terbakar, kulit makin berjerawat, menggelupas dan kulit muka berjeragat.

 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut berkata, bahan merkuri boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan selain boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

 

Jika penggunaan produk timbang kilo masih diteruskan dan diguna pakai, maka pengguna perlu menanggung kesan sampingan penggunaan produk ini.

 

 

parafrasa

 

 

Antara senarai produk kecantikan yang mempunyai kandungan bahan terlarang dan diharamkan oleh KKM:

  1. Sifu Kunyit Day Cream
  2. Sifu Kunyit Night Cream
  3. JJ Skincare Glowhite Night Cream
  4. Glow Skin White – Brightening Cream
  5. Glow Skin White – Sun Care
  6. Rzac Beauty Creme 2
  7. Deeja Cosmetics Laika Cream
  8. Deeja Cosmetics Zulai Cream
  9. Deeja Cosmetics Yus Cream
  10. Dnars Luvee Cream (Normal & Sensitif)
  11. Dnars Gold Lifthing Serum (Night)
  12. Sparkle Beauty Cream
  13. Sparkle Sun Day Cream
  14. Qeziger Age-locking Recharging Spot A.M Cream
  15. MS Skinz Night Cream
  16. BB Glow Soul Cream
  17. Tati Ultra Treatment
  18. Tati Ultra Night Cream
  19. Glow Glowing N Glowing
  20. Miracle White – Brightening Cream
  21. NP Beauty FM Cream
  22. NP Beauty FB Cream 7g
  23. AS'S Beauty Night Cream

 

Dr Noor Hisham juga menegaskan agar penjual dan pengedar produk kosmetik timbang kilo menghentikan penjualan dan pengedaran dengan serta-merta kerana ia melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

 

Oleh itu, sebagai pengguna yang bijak haruslah berhati-hati dalam memilih dan membeli sesuatu produk kecantikan supaya tidak mendatangkan risiko dan kemudaratan yang serius terhadap kesihatan badan. – DagangNews.com

 

 

NURUL IZZAH adalah Pelajar Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)