Well Chip sasar penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia bagi pengembangan perniagaan | DagangNews Skip to main content

Well Chip sasar penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia bagi pengembangan perniagaan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Dis - Well Chip Group Berhad menawarkan sejumlah 150 juta saham baharu dalam tawaran awam permulaan (IPO), mewakili 25% daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

 

Saham-saham itu terdiri daripada tawaran awam sebanyak 30 juta saham melalui undian, 45 juta saham baharu untuk penempatan persendirian kepada pelabur terpilih institusi dan 75 juta saham baharu untuk penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

 

Kumpulan itu terlibat dalam perhidmatan pajak gadai dan perniagaan runcit serta dagangan barang kemas. 

 

Pada masa sekarang, kumpulan itu mempunyai 26 cawangan beroperasi di Johor, terdiri daripada 22 kedai pajak gadai dan empat kedai runcit yang bersebelahan dengan pajak gadainya.

 

Menurut draf prospektusnya yang dikeluarkan di laman web Suruhanjaya Sekuriti, kumpulan itu berhasrat untuk menggunakan hasil IPO untuk kos penubuhan awal dan keperluan modal kerja untuk lapan pajak gadai baharu di Johor dan Melaka.

 

“Kami berhasrat meneruskan strategi pengembangan ini dengan memanfaatkan kekuatan dan pengalaman daripada operasi sedia ada kami di Johor. 

 

"Selepas usaha pertama kami ke Melaka, kami berhasrat untuk mengembangkan rangkaian pajak gadai kami di Melaka untuk jangkauan pasaran yang lebih luas dengan menubuhkan pajak gadai baharu. Selepas itu, kami bercadang untuk menerokai Negeri Sembilan,” kata Well Chip dalam prospektusnya.

 

Keuntungan selepas cukai (PAT) kumpulan meningkat 5.79% kepada RM25.16 juta bagi tahun kewangan 2022 (TK2022) daripada RM23.78 juta pada TK2021, apabila hasil melonjak 55% kepada RM158.12 juta daripada RM101.88 juta setahun sebelum ini, terutamanya disebabkan oleh hasil yang lebih tinggi daripada pajak gadai serta runcit dan perdagangan segmen barang kemas dan emas, berikutan pengukuhan perintah kawalan pergerakan.

 

Untung bersih kumpulan meningkat 5.79% kepada RM25.16 juta bagi FY22 didorong lonjakan hasil sebanyak kepada RM158.12 juta disebabkan oleh hasil yang lebih tinggi daripada pajak gadai serta runcit dan perdagangan segmen barang kemas dan emas, berikutan pengukuhan perintah kawalan pergerakan.

 

Mengenai dasar dividennya, Well Chip merancang untuk mengagihkan dividen sekurang-kurangnya 35% daripada untung bersih untuk tiga tahun kewangan pertama selepas penyenaraiannya.

 

Kenanga Investment Bank Bhd ialah penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan untuk IPO.- DagangNews.com