WeTV, unifi jalin kerjasama sedia kandungan premium menerusi Pek Ultimate | DagangNews Skip to main content

WeTV, unifi jalin kerjasama sedia kandungan premium menerusi Pek Ultimate

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 4 Mac - WeTV mengumukan jalinan kerjasama dengan unifi bagi membawakan lebih banyak kandungan menarik menerusi unifi TV.

 

Menerusi kerjasama itu, pelanggan unifi TV berpeluang menikmati kandungan premium dan eksklusif daripada WeTV menerusi Pek Ultimate iaitu pek semua dalam satu sebagai sebahagian daripada penawaran aplikasi penstrimannya.

 

Pengurus Negara WeTV Malaysia, Heng Aik Kuang berkata, pihaknya berbangga kerana berpeluang membawa pengalaman baharu WeTV kepada pelanggan unifi dan mereka berpeluang menonton pelancaran Villa Kristal iaitu WeTV Original pertama di Malaysia, hari ini.

 

"Pelanggan unifi TV juga boleh menikmati drama hit yang tular seperti Layangan Putus dari Indonesia, C-Drama Hello, The Sharpshooter, dan banyak lagi program-program Original yang dilancarkan tahun ini.” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial Telekom Malaysia Berhad, Anand Vijayan berkata, pengguna berpeluang menonton kandungan kegemaran mereka secara atas pemintaan dan membeli kandungan yang diinginkan.

 

"Usahasama terbaharu kami dengan WeTV mengukuhkan lagi komitmen kami untuk menyediakan hiburan bertaraf dunia dan berkualiti tinggi untuk dinikmati pelanggan tidak kira sama ada di dalam atau di luar rumah," katanya.

 

Bagi menikmati pengalaman hiburan terbaik, para pelanggan unifi TV boleh menonton WeTV menerusi Android TV Box unifi yang terkini, dikenali sebagai unifi Plus Box, yang didatangkan bersama pelan-pelan jalur lebar unifi Home terpilih.

 

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai aplikasi penstriman unifi TV, sila layari https://activate.unifi.com.my/. - DagangNews.com