Yang di-Pertuan Agong tambah pegangan dalam Citaglobal kepada 8.735% | DagangNews Skip to main content

Yang di-Pertuan Agong tambah pegangan dalam Citaglobal kepada 8.735%

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

KUALA LUMPUR 24 Okt - Citaglobal Berhad mendedahkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menambah pegangannya dalam kumpulan itu kepada 3.21 juta saham.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Citaglobal berkata, Yang Dipertuan Agong memperoleh 620,500 lagi saham syarikat pada 23 Oktober, setelah mendapat 2.59 juta saham pada 20 Oktober 2023, meningkatkan pegangannya kini berjumlah 36.4 juta saham atau 8.735%.

 

Yang di-Pertuan Agong terus meningkatkan kepentingannya dalam Citaglobal.

 

Pada 6 Jun 2023, baginda memperoleh 1.378 juta saham. 

 

Baginda juga memperoleh 2.39 juta saham pada 2 Jun  2023 dan 1.21 juta saham pada 26 Mei tahun ini.

 

Citaglobal terlibat dalam kejuruteraan awam dan pembinaan, telekomunikasi, minyak dan gas, penjanaan kuasa, pembangunan hartanah, pembuatan dan tenaga boleh diperbaharui (RE). - DagangNews.com