Yinson dapat lanjutan 6 bulan bagi sewaan FPSO PTSC Lam Son | DagangNews Skip to main content

Yinson dapat lanjutan 6 bulan bagi sewaan FPSO PTSC Lam Son

 


KUALA LUMPUR 3 Jan - Yinson Holdings Bhd, melalui syarikat usaha samanya dengan PetroVietnam Technical Services Corporation (PTSC), PTSC Asia Pacific Pte Ltd (PTSC AP), memperoleh lanjutan selama 6 bulan untuk Kontrak Sewa Kapal Tanpa Awak bagi FPSO PTSC Lam Son.

 

Nilai Kontrak Sewa Kapal Tanpa Awak untuk lanjutan Tempoh Pilihan selama 6 bulan itu dianggarkan berjumlah AS$9 juta.

 

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Yinson, Lim Chern Yuan berkata, ia membolehkan kumpulan meneruskan kerjasama dengan PTSC bagi menyediakan masa operasi yang tinggi dan rekod keselamatan yang sangat baik dengan FPSO PTSC Lam Son.

 

Secara dasarnya, Yinson dan PTSC masing-masing memiliki 49% dan 51% pegangan dalam PTSC AP.

 

Lanjutan itu adalah sebahagian daripada tambahan yang dimeterai oleh pelanggan PTSC dan PTSC AP pada 30 Jun 2021, yang menetapkan Firm Period selama 6 bulan mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2021 dan Tempoh Pilihan selama 6 bulan dari 1 Januari hingga 30 Jun 2022, yang akan diberikan secara automatik jika tiada notis penamatan diterima. - DagangNews.com