Zainal Abidin Shariff letak jawatan pengarah Pharmaniaga | DagangNews Skip to main content

Zainal Abidin Shariff letak jawatan pengarah Pharmaniaga

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Pengarah bebas dan bukan eksekutif Pharmaniaga Bhd, Zainal Abidin Shariff meletak jawatan berkuat kuasa 26 Ogos 2021, untuk meneruskan kerjaya dalam bidang lain.

 

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Rabu, berkata Zainal, 53, ketika ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Boustead Plantation Bhd.

 

Zainal turut memegang pelbagai jawatan dalam organisasi lain sebelum ini, termasuk sebagai ketua pegawai eksekutif kumpulan TDM Bhd, ketua eksekutif Incorporated Society of Planters (ISP) serta ketua strategi korporat di Sime Darby Property Bhd. - DagangNews.com