Zulkiflee Omar dilantik sebagai CEO Pengurusan Aset Air baharu | DagangNews Skip to main content

Zulkiflee Omar dilantik sebagai CEO Pengurusan Aset Air baharu

Zulkiflee Omar

KUALA LUMPUR 4 Dis - Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) melantik Zulkiflee Omar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu, berkuat kuasa 1 Disember.

 

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, Zulkiflee memiliki banyak pengalaman berharga dan beliau telah berkhidmat sebagai ketua pegawai operasi (COO) dan pemangku CEO PAAB sejak 19 Mac tahun ini.
 

 

"Semasa menyandang jawatan CEO, Zulkiflee akan terus mengawasi tanggungjawab COO hingga pengganti yang sesuai dilantik," kata PAAB.

 

Zulkiflee memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Awam dari University of North Carolina, Amerika Syarikat, dan mempunyai sejarah kerjaya yang cemerlang, lapor Bernama.

 

Sebelum berkhidmat di PAAB, beliau berkhidmat sebagai Ketua Penyampaian Projek di OPUS International (M) Sdn Bhd, iaitu perunding pengurusan projek yang terkenal di bawah UEM Group. - DagangNews.com