KUALA LUMPUR 3 Mac. - Wabak COVID-19 mengakibatkan banyak sektor perniagaan terkesan terutamanya artisan tempatan dan perniagaan kecil.
Memahami cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh perniagaan kecil, The Artisans Haven berbesar hati dapat bekerjasama dengan rakan niaga daripada PLUSMiles, Petron dan RHB Bank yang mempunyai objektif yang sama untuk menyokong artisan tempatan dan perniagaan kecil dengan menghubungkan pelanggan mereka ke pusat membeli-belah digital The Artisans Haven.
Pelanggan PLUSMiles, Petron dan RHB Bank kini dapat menikmati potongan harga istimewa apabila membeli-belah di The Artisans Haven.
The Artisans Haven ditubuhkan pada bulan Mei 2020, semasa kemuncak wabak Covid-19 dengan objektif yang jelas untuk membantu artisan tempatan dan perniagaan kecil mempromosi pelbagai produk dan bakat mereka kepada pelanggan di seluruh Malaysia.
Memandangkan ramai peniaga terjejas akibat wabak Covid-19, mereka yang tidak mempunyai banyak pengalaman dalam pemasaran digital terpaksa mengubah perniagaan mereka dengan cepat untuk menjual secara dalam talian.
Pusat membeli-belah digital The Artisans Haven bermula dengan hanya 30 penyewa dalam talian dan kini telah berkembang melebih 120 penyewa serta memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan PLUSMiles, Petron dan RHB Bank.
"Melihat daya tarikan positif di kalangan pemilik perniagaan artisan dan keperluan yang meningkat untuk memperluas pemasaran, kami di The Artisans Haven sangat menghargai sokongan yang diberikan oleh rakan niaga kami di PLUSMiles, Petron dan RHB Bank yang mempunyai pemikiran sehaluan untuk membantu peniaga dan artisan tempatan dalam masa yang mencabar ini.
"Kerjasama ini selari dengan tagline mereka "More Miles, More Smiles" oleh PLUSMiles, "Fuel Happy with Petron Miles" oleh Petron dan #JomSapot oleh RHB Bank, yang bertujuan untuk membantu perniagaan kecil dan artisan tempatan sambil membuat orang ramai tersenyum.
"Pelanggan PLUSMiles, Petron dan RHB Bank akan menemui produk-produk buatan kraf tangan yang unik dengan harga yang berpatutan di platform kami," kata Ng Jia Jun, Pengurus Besar Kumpulan The Artisans Haven.
Dengan mengumpulkan pelbagai artisan tempatan di bawah satu bumbung, The Artisans Haven juga berhasrat untuk membuat penjenamaan khas untuk produk artisanal.
Artisan dan perniagaan kecil umumnya tidak diberi perhatian di laman web membeli-belah yang besar, tetapi di The Artisans Haven produk mereka diketengahkan dan kisah mereka diceritakan.
"Sokongan dari syarikat seperti PLUSMiles, Petron dan RHB Bank amat penting demi memenuhi tujuan murni The Artisans Haven untuk memberikan kesedaran yang lebih besar dan meluas mengenai para artisan tempatan dan kraf tangan mereka terutamanya semasa dilanda krisis wabak Covid-19 yang telah menjejaskan banyak perniagaan kecil," tambah Ng.
Kerjasama itu menawarkan potongan 5% untuk produk artisanal yang terpilih.
The Artisans Haven akan menjadi satu platform bagi pelanggan PLUSMiles, Petron dan RHB Bank untuk menyokong pelbagai produk kraf tangan dan lain-lain produk kreatif dalam usaha memberi dedikasi dan komitmen menyokong artisan tempatan semasa berbelanja.
Promosi tersebut adalah untuk pelanggan PLUSMiles dan Petron berakhir pada 15 Jun 2021 sementara promosi untuk RHB Bank berakhir pada 30 Disember 2021. - DagangNews.com