CGS-CIMB Research unjur Astro bangkit selepas memperkenalkan strategi baharu, perkhidmatan jalur lebar | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB Research unjur Astro bangkit selepas memperkenalkan strategi baharu, perkhidmatan jalur lebar

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 21 Julai - CGS-CIMB Research mengunjurkan Astro Malaysia Holding berhad akan bangkit lebih cemerlang untuk jangka panjang selepas memperkenalkan strategi baharu yang menggabungkan penyiaran dan penstriman linear selain menceburi perkhidmatan jalur lebar.

 

Katanya, Astro merupakan perkhidmatan hiburan yang menempatkan semua jenis penaturcaraan dan genre termasuk siaran sukan secara langsung selain berhasrat menarik minat pelanggan daripada setiap segmen di Malaysia.

 

"Walaupun Astro ialah pengendali TV berbayar, ia secara terbuka menerima perkhidmatan video atas permintaan (SVOD) berasaskan langganan pihak ketiga.

 

"Penurunan harga saham sebanyak 16.5% sejak tertinggi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu RM1.06 pada 31 Mac 2022 menandakan ketidakpercayaan pelabur terhadap usaha berterusan Astro untuk mengatur perkhidmatan SVOD.

 

"Kami berpendapat pengenalan siaran Disney+ Hotstar atau Netflix akan membantu mengurangkan penurunan pelanggan Astro kerana ia memerlukan lebih daripada perkhidmatan SVOD untuk menarik pelanggan.

 

Terdahulu, untung bersih kumpulan itu untuk suku pertama berakhir 30 April 2022 menurun sebanyak 29.19% kepada RM100.02 juta berbanding  RM141.25 juta pada tahun sebelumnya.

 

Penurunan itu disebabkan oleh kos kwasangan yang tinggi berpunca daripada kadar tukaran wang asing yang tinggi.

 

Kos kewangan kumpulan itu meningkat 16.6% dari tahun ke tahun kepada RM61.2 juta pada 1QFY23.

 

Pendapatan suku tahunan kumpulan juga susut 9.36% kepada RM962.09 juta daripada RM1.06 bilion berikutan penurunan dalam hasil langganan dan jualan barangan.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'tambah' dengan harga sasaran RM1.35 selepas menjangkakan kumpulan itu akan meraih pendapatan lebih baik menerusi hak penyiaran Piala Dunia 2022 Qatar dan Sukan Komanwel 2022. - DagangNews.com