Kerugian bersih Top Glove pada 4QFY24 susut kepada RM3.57 juta dipacu peningkatan jualan, pelupusan tanah
KUALA LUMPUR 10 Okt - Kerugian bersih Top Glove Corporation Bhd pada suku keempat berakhir 31 Ogos 2024 (4QFY24) menyusut kepada RM3.57 juta berbanding RM461.7 juta bagi suku sama pada tahun lalu didorong peningkatan jualan serta penjualan tanah.