Azman Mokhtar dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah INCEIF | DagangNews Skip to main content

Azman Mokhtar dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah INCEIF


KUALA LUMPUR 15 Sept – Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) hari ini mengumumkan perlantikan Tan Sri Azman Mokhtar sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah INCEIF yang mula bertugas secara rasmi pada 21 Jun 2021.

 

Beliau mengambil alih tanggungjawab ini daripada Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunos yang telah mengundur diri setelah memegang jawatan tersebut sejak 11 Disember 2018.

 

INCEIF mengucapkan terima kasih kepada Datuk Nor Shamsiah di atas semua jasa dan sumbangan beliau sepanjang beliau bertugas selama tiga tahun sebagai Ketua Pengarah INCEIF. Melalui kepimpinan dan panduan beliau, INCEIF telah membangun dengan baik dan mencapai kejayaan di dalam pelbagai segi.

 

INCEIF juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli lembaga pengarah, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Abdul Rasheed Ghaffour yang akan bersara pada masa yang sama.

 

Azman telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah INCEIF pada Disember 2020. Beliau mempunyai karier yang mengagumkan di dalam bidang perkhidmatan awam dan dunia korporat, terutamanya sebagai bekas Pengarah Urusan Khazanah Nasional dari Jun 2004 sehingga Julai 2018.

 

Nor Shamsiah berkata, Azman memiliki pengalaman yang berharga di dalam bidang kewangan, bisnes dan ekonomi, ini akan membantu beliau untuk memimpin lembaga pengarah INCEIF dengan efektif.

 

Beliau memiliki kredibiliti yang dihormati oleh komuniti bisnes di Malaysia dan di persada antarabangsa, justeru diberi kepercayaan yang tinggi oleh pihak berkepentingan utama INCEIF untuk memikul tugas ini.

 

Berbekalkan minat beliau di dalam bidang pendidikan dan keinginan beliau untuk memastikan generasi baru mempunyai masa depan yang cemerlang, INCEIF dan Bank Negara Malaysia pasti akan terus mencatat kejayaan berdasarkan sumbangan beliau di dalam pendidikan kewangan Islam.

 

Sebagai satu-satunya universiti kewangan Islam dengan akreditasi daripada AACSB Antarabangsa, pertubuhan global yang menyediakan jaminan kualiti kepada lebih daripada 900 institut pengajian bisnes di seluruh dunia, INCEIF memainkan peranan penting di dalam mengasah bakat muda untuk memenuhi permintaan industri.

 

‘’Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Azman, ahli lembaga pengarah dan semua pihak di INCEIF di dalam memimpin hala tuju universiti ini di masa akan datang,” ujar Datuk Nor Shamsiah.

 

 

Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunos
Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunos

 

 

Azman mempunyai pengalaman yang luas di dalam industri kewangan dan menggalas tugas secara aktif  di dalam pelbagai institut perkhidmatan awam dan institut pendidikan. Beliau juga merupakan Ketua Pengarah Universiti Teknologi Malaysia, Bye-Fellow di Darwin College, University of Cambridge dan juga merupakan ahli jawatankuasa pemandu di Global Ethical Finance Forum dan ahli jawatankuasa kewangan dan pelaburan di Oxford Centre for Islamic Studies.

 

Dari tahun 2019 ke 2021, beliau adalah Felo Pelawat Terhormat di Pusat Pengajian Pembangunan, University of Cambridge. Pada awal tahun ini, beliau juga telah terpilih sebagai ahli Majlis Pemulihan Negara Malaysia.

 

Azman memiliki Sarjana Falsafah di dalam Pengajian Pembangunan daripada Darwin College, Cambridge University, beliau juga merupakan penuntut sarjana Chevening dan pemegang Diploma Pengajian Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau adalah seorang CFA Charter Holder dan seorang felo di Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).

 

Antara pencapaian beliau selama berkhidmat lebih 37 tahun adalah dinobatkan sebagai Ketua Pengarah Terbaik di Malaysia (oleh MSWG-ASEAN Corporate Governance pada 2017), Pencipta Nilai untuk CEO Cemerlang Malaysia (oleh The Edge pada 2016), Individu Cemerlang untuk sumbangan beliau di dalam bidang kewangan Islam (oleh KLIFF pada 2011) dan Anugerah Tokoh Khas Kemanusiaan oleh MERCY Malaysia (2019).  

 

Mengulas pelantikannya, Azman berkata, beliau berasa amat bertuah diberi peluang untuk bekerja bersama Nor Shamsiah kerana pemahaman dan ilmu mendalam beliau mengenai hal-hal perundangan dan kewangan sangat berharga bagi saya dan semua yang berada di INCEIF.

 

‘’Menyambung tugas beliau di dalam mengatur langkah baru untuk INCEIF adalah satu kehormatan untuk diri saya,’’ katanya.

 

Strategi bagi INCEIF adalah untuk terus komited di dalam menguatkan misi  untuk memberi manfaat kepada semua pelajar-pelajar kita dan pihak berkepentingan di INCEIF.

 

 

Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam

 

 

‘’Saya sangat berbesar hati untuk terus menggerakkan INCEIF ke hadapan di dalam mencapai misinya sebagai salah satu universiti kewangan Islam yang terbaik di dunia, semoga kita berjaya membentuk masa depan yang lebih inklusif, saksama dan lestari melalui kewangan Islam,” katanya. – DagangNews.com