Skip to main content
Kolum DEWI - 6 November 2020

BAGAIMANAKAH PRESTASI ANDA BEKERJA DARI RUMAH SEMASA COVID-19 INI?

 

ADAKAH organisasi anda mengalami masalah disiplin pekerja yang bekerja daripada rumah sepanjang tempoh arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Diperketatkan (PKPD) dan PKP Bersyarat (PKPB) semasa pandemik COVID-19 sekarang?

 

Belum ada laporan yang terperinci menyatakan organisasi swasta ataupun kerajaan menghadapi permasalahan displin pekerja semasa tempoh bekerja daripada rumah, dan belum ada rujukan yang tepat mengenai masalah disilpin pekerja yang bekerja daripada rumah semasa tempoh bekerja daripada rumah.

 

Huraian penyataan masalah ini dapat menyatakan mengenai pencarian maklumat untuk menghuraikan keberangkalian organisasi mengalami masalah disiplin pekerja yang bekerja daripada rumah.

 

Dengan keadaan tersebut digunakan senarai isu yang telah digariskan sebagai isu-isu yang didapati daripada kajian pembangunan sumber manusia yang lepas sebagai isu-isu disiplin pekerja di tempat bekerja.

 

Lima isu yang dinyatakan daripada kajian pembangunan sumber manusia tersebut ialah penampilan yang selekeh, tidur di tempat kerja, bergaduh dengan pekerja lain, mencuri barang syarikat dan selalu datang lewat ke pejabat. Lima isu itu adalah antara isu utama yang dikaitkan dengan isu disiplin pekerja semasa berada di pejabat.

 

Bagaimana pula dengan masalah disiplin pekerja yang bekerja daripada rumah? adakah 5 isu yang dinyatakann tersebut masih lagi menjadi isu disiplin pekerja yang utama semasa bekerja daripada rumah?

 

Huraian berikut adalah keberangkalian berlakunya lima isu disiplin pekerja yang bekerja daripada rumah di waktu pandemik COVID- 19, dan huraian keberangkalian ini berdasarkan 5 isu utama masalah disiplin pekerja semasa berada di pejabat:

  1. Penampilan yang selekeh: (Bekerja daripada rumah) keberangkalian penampilan diri yang lengkap tidak akan diambil peduli kerana bekerja daripada rumah boleh dicampurkan dan dilaksanakan dengan mana-mana kerja lain, seperti bertukang dan membersihkan halaman rumah, keadaan begini tidak memerlukan penampilan diri yang lengkap dan kemas.

     

  2. Tidur di tempat kerja : (Bekerja daripada rumah) Melapor diri hadir waktu bekerja awal, melalui panggilan telefon, internet, dan mengisi borang khas untuk mengesahkan bekerja dari rumah di mana laporan kehadiran dengan mengisi borang itu perlu dilaksanakan setiap hari. Apabila selesai mengisi dan memberi laporan kehadiran bertugas keberangkalian pekerja mengambil masa untuk rehat dan tidur mungkin berlaku. Ini akan mengakibatkan tugasan akan dilengahkan untuk diselesaikan kerana pemahaman para pekerja yang bekerja daripada rumah itu, tugasan tersebut masih mempunyai masa untuk diselesaikan kerana mereka masih ada waktu untuk selesaikan tugasan itu nanti dan mereka masih berada di rumah dan tidak kemana-mana.

     

  3. Bergaduh dengan pekerja yang lain. (bekerja daripada rumah) Keberangkalian bergaduh sesama pekerja tentang pembahagian tugasan. Ini juga termasuk kepada tugasan yang tidak dapat diselesaikan oleh pekerja yang sepatutnya dan tugasan tersebut terpaksa diarahkan kepada pekerja yang lain untuk menyelesaikan tugasan yang tertunggak tersebut.

     

  4. Mencuri barang syarikat. (bekerja daripada rumah)  Mencuri waktu bekerja daripada organisasi dan mengguna pakai waktu dicuri tersebut untuk aktiviti peribadi seperti bermain permainan video.

     

  5. Selalu datang lewat ke pejabat. (bekerja daripada rumah) Lewat untuk lapor diri semasa bertugas, lewat untuk melaporkan kehadiran bekerja, keadaan ini tidak dipedulikan kerana rekod kehadiran diambil secara manual atau penyataan kehadiran saja dilaksanakan, dan kemungkinan laporan kehadiran boleh dilakukan bila-bila masa.

 

aaa
Mahu lebih selesa bekerja di rumah? Cuba letak pasir pada lantai tempat anda bekerja. - Gambar hiasan

 

Huraian keberangkalian isu disiplin pekerja, yang bekerja daripada rumah semasa tempoh arahan PKP semasa pandemik COVID-19, yang boleh menyatakan akan keberangkalian isu disiplin pekerja dapat memberi kesan terhadap budaya kualiti kerja dan juga budaya cemerlang kerja.

 

Kenapa penampilan dijadikan sebagai isu didalam menyatakan akan isu disiplin pekerja? Ini adalah kerana imej diri seorang pekerja amat dititikberatkan kerana ia merupakan pembentukan keyakinan diri, kualiti diri dan nilai peribadi. Imej merupakan satu aset yang penting yang mana ia dinyatakan sebagai gambaran mental individu yang melibatkan nilai diri, kepercayaan diri, dan penampilan fizikal. Adakah apabila berada di dalam rumah para pekerja akan mempunyai penampilan yang sesuai untuk bekerja daripada rumah atau hanya membuat kerja tanpa baju dengan berkain pelikat, atau mungkin berbaju pakaian semalam tetapi belum mandi.

 

Penghuraian bekerja daripada rumah juga akan menggariskan tugasan kerja yang dilengahkan kerana para pekerja faham tidak ada kawalan kerja atau pengawasan semasa daripada pihak pegawai dan ini mengakibatkan para pekerja masih merasa ada masa untuk selesaikan tugasan yang diberikan.

 

Tugasan yang diamanahkan oleh pihak pengurusan adakah akan dilaksanakan oleh pekerja daripada rumah dengan baik atau terpaksa diarahkan kepada pekerja yang lain untuk menyiapkan kerja-kerja tersebut, keadaan ini akan mengakibatkan ketidakharmonian dalam situasi bekerja daripada rumah dan bakal mencetuskan ketidaksefahaman antara pekerja yang lain semasa bekerja daripada rumah atau selepas tempoh bekerja daripada rumah iaitu di pejabat.

 

Mencuri waktu bekerja akan berlaku secara bebas, ini adalah kerana tidak ada pengukuran waktu yang berkesan bagi memastikan tidak ada pencuri waktu untuk kegunaan peribadi. Kegunaan peribadi yang dimaksudkan sebagai contoh mencuri waktu pejabat untuk menyelesaikan aktiviti peribadi seperti tidur, melayari internet, bermain permainan video, memancing, keluar membeli-belah, membeli-belah secara alam maya, berniaga, atau pergi bercuti.

 

Isu keberangkalian berlakunya disiplin pekerja yang bekerja daripada rumah di waktu pandemik COVID-19 ini jelas dapat digariskan mengenai pemahaman dan pengamalan budaya cemerlang dalam organisasi perlu dijadikan panduan penting dalm bidang kerjaya. Budaya ini diperlukan bagi menekankan jaminan kualiti, kepuasan para pekerja dan pelanggan organisasi, nilai kejayaan, keunggulan jenama, kepentingan standard dan strategi pembelajaran.

 

aaa
Pentingkah kena bergaya untuk bekerja di rumah? - Gambar hiasan

 

Dalam jaminan kualiti di dalam organisasi ia memerlukan penyatuan di dalam organisasi yang perlu melahirkan komitment warga kerja yang amat tinggi. Kesinambungan kualiti itu telah menyatakan akan keberkesanan kualiti bekerja kepada kepuasan pelanggan, laporan dan kritikan terhadap kualiti sentiasa.

 

Persoalan akan timbul, bagaimanakah budaya kerja cemerlang yang diamalkan selama beberapan bulan tempoh bekerja daripada rumah? Bagaimanakah keberkesanan budaya kualiti kerja yang bekerja daripada rumah sebelum ini? Dan Bagaimana garis panduan yang digunakan untuk membuat penilaian prestasi kerja yang jujur?  Adakah akan berlaku ketidakadilan penilaian prestasi kerja?

 

Dengan ini dapat dinyatakan bahawa penilaian budaya kerja cemerlang masih perlukan keberkesanan budaya kualiti kerja para pekerja yang berkerja daripada rumah ini bagi mengekalkan dan meningkatkan prestasi organisasi. Kesemua persoalan ini akan timbul dan diantara cadangan meminimakan atau menyelesaikan keberingkalian masalah disiplin para pekerja yang bekerja daripada rumah, iaitu:

 

  1. Mengurangkan perolehan gaji para pekerja yang bekerja daripada rumah, tetapi penambahan pembayaran gaji seperti elaun, bayaran gaji lebih masa kepada pekerja daripada rumah yang dapat menghasilkan tugasan dengan tepat dan cepat (berdasarkan garis panduan kerja yang telah disyorkan para majikan).

     

  2. Tidak akan ada pengurangan gaji tetapi penambahan perolehan gaji para pekerja yang bekerja daripada rumah, dengan penambahan pembayaran gaji melebihi deskripsi kerja, elaun dan bayaran gaji lebih masa kepada pekerja daripada rumah yang dapat menghasilkan bilangan tugasan kerja yang melebihi deskripsi kerja yang telah ditandatangani, penghasilan tugasan dengan tepat dan cepat (berdasarkan garis panduan kerja yang telah disyorkan para majikan).

     

Namun demikian, kegagalan menyediakan garis panduan yang tepat dan garis panduan yang dapat diukur dengan jujur bagi tujuan mengawal disiplin para pekerja bekerja daripada rumah ini boleh mengakibatkan kepincangan pengekalan dan penghasilan pekerja yang berpotensi, cemerlang dan bermotivasi bagai peningkatan dan pengekalan prestasi terbaik organisasi di masa akan datang. - DagangNews.com

 

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia , Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah.

 

 

KOLEKSI DEWI

Kaum hawa semakin tidak beradab?

ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA  DALAM KEHIDUPAN?

Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi

The benefits of knowing your own talent

Understanding `talent' in achieving goals of an organisation

Bakat Kanak-Kanak si penghidu gam kasut

 

 

 

 

 

Portfolio Tags