BAKAT KANAK-KANAK SI PENGHIDU GAM KASUT
BILA berjalan di kawasan pasar atau kawasan letak kereta mungkin anda pernah terlihat sekumpulan kanak-kanak yang leka menyedut gam dari dalam plastik, menyedut sehingga khayal, lemas dan terus berangan tentang cerita yang si penghidu gam itu saja yang tahu.
Ada mereka yang lain rajin mendokong bakul menjadi penjual roti sambil memaksa orang lain untuk membeli roti…bagaimana orang mahu membeli roti kalau si penjual itu berbaju seolah sudah seminggu tidak ditukarkan, kalau rambut tidak terurus mungkin kalau diselak berapa banyak telur-telur kutu yang dijaga oleh betina dan jantan si kuttu yang tinggal di rambut, mungkin sudah berbulan tidak dicuci bersih, bukan itu saja kuku yang panjang hitam dari tangan hinggalah kuku kaki….tiada siapa yang mahu membeli. Terlihat juga sambil mendokong bakul roti untuk dijual kanak-kanak itu menyeluk kocek seluar rupanya itu adalah plastik yang bakal disedut yang berisi gam selepas berniaga roti.
1) PENJUAL GAM KASUT DALAM TIN
Dapat dikesan para penagih penghidu gam ini adalah kanak-kanak yang terlalu muda, yang selalu kelihatan menghidu gam dengan pelbagai cara, menghidu wap gam daripada bekas. Kebanyakan mereka yang terlibat adalah kanak-kanak lelaki. Kerisauan yang bertambah apabila dilihat dari sudut sosio ekonomi mereka adalah daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Para peniaga barangan runcit yang menjual gam kasut tanpa larangan atau pemantauan, boleh dikategorikan sebagai peniaga yang membunuh dan dalam kata perundangan mereka adalah peniaga tidak bersih, tidak cekap dan tidak amanah dalam menjalankan tanggunggjawab sebagai peniaga, mereka tidak ada garis panduan dalam menjual gam kasut yang mudah untuk dibeli oleh kanak-kanak demi untuk berkhayal.
2) BAGAIMANA MENGESAN DAN MENGASAH BAKAT KANAK-KANAK SEDANGKAN MEREKA ADALAH SI PENGHIDU GAM KASUT
“Setiap kanak-kanak akan belajar bagaimana untuk terus memperoleh pengetahuan sepanjang hayat mereka (menanamkan cinta untuk siasatan dan pembelajaran sepanjang hayat), dapat menggabung jalinan ilmu yang berbeza, dan untuk mewujudkan pengetahuan baharu. Setiap kanak-kanak akan menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting, termasuk pemikiran kritis, penaakulan, pemikiran kreatif dan inovasi.”
(Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025, 2013, hlm.E9).
Bila merujuk kepada huraian ini pada 2013-2020, ia mempunyai pelan perancangan dan pembangunan yang menyatakan tujuan yang sama di mana memberi penyataan bahawa para kanak-kanak harus berterusan memperoleh pengetahuan.
3) MENGESAN DAN MENGASAH BAKAT KANAK-KANAK
Mengesan dan mengasah Bakat kanak-kanak itu amat penting kerana golongan ini mempunyai kebolehan dan keupayaan dan kreativiti yang berbeza .
Berikut adalah kaedah mengesan dan mengasah bakat kanak-kanak yang bermasalah :
A) GEJALA DAN TANDA PENGHIDU GAM KASUT
Dihuraikan berikut adalah gejala dan tanda kepada mereka yang menghadapi tegar sebagai penghidu gam seperti:
- Muka dan mata menjadi merah
- Sukar memberikan tumpuan dan perhatian
- Nafas, baju dan rambut berbau gam/pelarut
- Batuk-batuk dan sering berludah
- Sifat kelam kabut dan resah
- Kata-kata yang tidak jelas dan bercakap sendiri
- Fikiran keliru dan terhoyong-hayang
- Berkhayal
- Hilang minat untuk bergaul dengan keluarga dan murung.
- Diri tidak terurus
B) KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran berfikir ini adalah satu proses yang menyatakan akan kombinasi dan aplikasi mental dan keupayaan kecerdikan yang akan memberi kesan kepada kehidupan. Dengan kesinambungan perkembangan bakat individu seperti kemahiran berfikir, dapat dinyatakan bahawa gejala dan tanda kepada mereka yang menghadapi tegar sebagai penghidu gam kasut akan memberi kesan kepada kemahiran berfikir.
C) PEMIKIRAN KRITIKAL
Pemikiran kritikal adalah kombinasi bagaimana sikap, pengetahuan dan kemahiran individu tesebut yang diguna pakai di dalam membuat satu keputusan yang terbaik. Ini dapat dihuraikan dengan keberkesanan akan sikap individu itu sendiri iaitu bagaimana individu itu merungkaikan permasalahan dan menghadapi apa juga permasalahan yang perlu diselesaikan dengan kritikal dan terperinci.
D) PEMIKIRAN KREATIF
Dalam aktiviti kreatif semasa akan mengadakan satu ruang untuk kanak-kanak yang dapat mengeluarkan pemikiran kreatif masing-masing. Bagaimana dengan si penghidu gam, mereka ini tidak akan ada ruang untuk menjalankan aktiviti kreatif semasa kecuali menyedut gam dan membayangkan diri terbang kesana sini kerana berkhayal.
4) RAJAH 1: DrDtaj4000(B.KPP)
Rajah 1: DRDtaj400 (B.KPP) adalah Model perhubungan antara indikator utama BAKAT yang mahu mendapat perhubungan dan kesan terbaik kepada tiga indikator terperinci yang terdapat di dalam indikator utama (BAKAT), adakah amalan sebagai penghidu gam itu adalah orang tengah atau pengawal perhubungan kepada kegagalan atau kehebatan perhubungan di antara indikator utama (BAKAT) dan tiga indikator terperinci tersebut (kemahiran berfikir, kritikal, kreatif).
Hasil kajian ini tidak melibatkan akan kajian statistik. Hasil kajian merujuk kepada rujukan teks, huraian berita semasa, jurnal dan pemerhatian peribadi. Hasil dapatan dapat menyatakan bahawa kewujudan Bakat dalam individu itu memang wujud kerana telah dinyatakan bahawa Bakat itu adalah satu anugerah yang memang ada dalam diri individu di mana ia telah dianugerahkan yang Maha Esa. Hanya manusia yang harus mengesan dan mengasah bakat tersebut, dan pengesanan Bakat itu adalah tanggungjawab ibu bapa dan individu yang bertanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak dengan mengesan, mengasah dan mengalirkan kewujudan bakat itu ke aliran yang betul.
Dapatan juga jelas menyatakan bahawa
- Perhubungan antara indikator utama iaitu BAKAT memang mempunyai perhubungan baik kepada tiga indikator terperinci iaitu kemahiran berfikir, kemahiran kritikal dan kemahiran kreatif.
- Amalan penghidu gam itu adalah sebagai orang tengah atau pengawal perhubungan kepada kegagalan perhubungan diantara indikator untama (BAKAT) dan tiga indikator terperinci tersebut (kemahiran berfikir, kritikal, kreatif).
Berdasarkan dapatan ini individu penghidu gam jelas mempunyai bakat yang dianugerahkan tetapi individu penghidu gam ini bukan pengantara dan tidak mampu mengawal kemahiran yang terperinci iaitu kemahiran berfikir, kemahiran kritikal dan kemahiran kreatif dengan anugerah bakat yang telah ada di dalam diri setiap manusia.
Penyataan yang penting iaitu mengesan dan mengasah bakat kanak-kanak mesti melibatkan :
- Ibu Bapa
- Penjaga sekiranya kanak-kanak itu yatim piatu
- Sekolah dan para guru (sekolah rendah)
- Universiti, Kolej dan para pensyarah
- Seorang perseorangan
- Jabatan kerajaan, swasta dan persatuan
- Kesemua masyarakat dan negara
Tiada rawatan yang berkesan kepada si penghidu gam kasut kecuali memberi motivasi untuk menjadikan diri mereka lebih cekal dan berazam untuk berhenti daripada menghidu gam. Betapa sayangnya sekiranya si kanak-kanak penghidu gam kasut itu adalah seorang individu yang berbakat besar dalam bidang keusahawanan seperti keusahawanan usahan kecil, Syarikat permulaan berskala, usahawan syarikat besar, keusahawanan social, tetapi bakat itu kering sama seperti gam yang disedutnya.
Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia , Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah.
KOLEKSI DEWI
Kaum hawa semakin tidak beradab?
ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA DALAM KEHIDUPAN?
Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi
The benefits of knowing your own talent
Understanding `talent' in achieving goals of an organisation