Banjir kilat: TNB tutup bekalan elektrik 40 kawasan di ibu negara | DagangNews Skip to main content

Banjir kilat: TNB tutup bekalan elektrik 40 kawasan di ibu negara

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 7 Mac - Susulan hujan dan diikuti banjir kilat di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menutup bekalan di beberapa pencawang elektrik bagi memastikan keselamatan para pengguna.

 

Antara kawasan di yang terlibat dengan penutupan bekalan elektrik, termasuk Royal Cendana, Bukit Aman, Class G Qrt, PDRM Bukit Aman, Hospital Tang Lin, Car Park Jalan Tanglin, Jabatan Kesihatan Daerah WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Jalan Kebun Bunga, Jalan Young Stat dan Pejabat Perancang Selangor.

 

Kawasan lain yang terlibat, Pejabat Perancang Selangor, Banyan Tree Signature Jalan Conlay, Amphitheater, The Royale Chulan Hotel, Pangsapuri Sri Jati Jalan Jati, Kompleks Budaya Kraf, Restoran Sri Melayu, Rest Hotel Jalan Jati, Kraftangan Jalan Conlay, Hotel Westin, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Menara Worldwide Jln Bkt Bintang, Menara Keck Seng, Royal Selangor Golf Club, RHB dan Wisma Inai.

 

Selain itu, turut terlibat, Bintang Goldhill Jalan Tun Razak, The Forum, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, Ritz Carlton Hotel, Istana Johor Persiaran Stonor, The Pearl Jalan Stonor, Dua Residency Jalan Tun Razak, Conlay Court, The Ascott Jalan Pinang, Menara BIMB Jalan Perak, Suria Stonor, Mni Tower, Hotel Impiana KLCC Jalan Pinang dan Lot 170 Jalan Perak.

 

TNB Careline menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

 

“Sekiranya banjir semakin bertambah buruk, berisiko serta membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna setempat.

 

 

tnb

 

 

“Sentiasa waspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir. Simpan dokumen penting di tempat yang selamat,” katanya.

 

BACA JUGA: KL dilanda banjir kilat lagi, ribuan warga kota terperangkap, kereta tenggelam

 

Katanya, TNB menghargai kesabaran dan keprihatinan para pelanggannya. - DagangNews.com