Barangan TEI Honda kini di Shopee | DagangNews Skip to main content

Barangan TEI Honda kini di Shopee

honda TEI

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 23 Julai - Barangan rasmi terbaharu keluaran Honda Malaysia, TEI kini boleh didapati dalam platform Shopee yang merupakan e-dagang nombor satu di Malaysia.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Toichi Ishiyama berkata, TEI mewakili 'Trust, Equality dan Individuality' yang diilhamkan oleh Honda Philosophy.

"Kami gembira dapat memperluaskan barangan rasmi Honda di Shopee. Ia akan membantu pelanggan kami yang lebih gemar membuat pembelian secara dalam talian.

"Kami yakin bahawa rakyat Malaysia akan memanfaatkan peluang berbelanja yang lebih mudah ini khususnya sepanjang pandemik COVID-19," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

TEI

Barangan TEI turut dikeluarkan bersama 21 barangan lain merangkumi empat koleksi berbeza iaitu Corporate, Lifestyle, Activewear dan Travel.

Koleksi barangan Lifestyle adalah yang paling popular dan berjaya menyumbang hingga 46% daripada keseluruhan jualan.

Antara barangan rasminya adalah beg silang, payung, rantai kunci, topi, beg kasut, botol air fleksibel dan pakaian hoodie.

Tambah Ishiyama, bersempena pelancaran itu juga, Honda Malaysia turut memgumumkan lima ganjaran istimewa yang hanya akan ditawarkan pada 25 Julai 2020.

"Pelanggan akan menikmati baucer RM10, baucer Cashbak Shopee, diskaun 10% bagi jualan kilat, diskaun 10% jualan di pusat beli-belah serta tawaran harga RM7 bagi mana-mana barangan terpilih dengan jumlah yang terhad.

Jelas Ishiyama lagi, sejak memperkanalkan TEI pada Mac 2020, barangan tersebut mendapat sambutan baik dalam kalangan peminat.

"Penjualan TEI meningkat 18% pada bulan pertama pengenalan berbanding barangan lain sebelumnya seperti 'The Challenging Spirit'. - DagangNews.com