BAT dahului kaunter untung, saham SMTRACK, MAG, PUC, LYC, NWP, Econframe rancak diniagakan | DagangNews Skip to main content

BAT dahului kaunter untung, saham SMTRACK, MAG, PUC, LYC, NWP, Econframe rancak diniagakan

 


Oleh ZUNAIDAH ZAINON
zunaidah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 26 Julai - Pasaran tempatan memulakan dagangan minggu ini dibuka tinggi kepada 1,524.5 mata setelah FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1 mata. 

 

Minggu lalu, indeks utama mencatatkan  prestasi tidak banyak berubah semasa mengakhiri dagangan rendah pada Jumaat ditutup pada 1,523.44 mata.

 

Bagi saham-saham aktif, SMTRACK Bhd. mendahului dagangan dengan menokok 0.35 sen kepada 11.5 sen diikuti MAG Holdings Bhd. naik 2 sen kepada 21.5 sen pagi ini dan PUC Bhd. naik 2 sen kepada 17.5 sen. 

 

Selain itu, LYC Healthcare Bhd. pula naik 0.35 sen kepada 35 sen manakala NWP Holdings Bhd. menokok 0.10 sen kepada 22 sen.

 

Saham Econframe Bhd. juga aktif diniagakan pada 53.5 sen setelah menokok 0.10 sen diikuti Careplus Group Bhd. naik 0.20 sen kepada RM2.20.

 

Bagi kaunter untung, saham British American Tobacco Malaysia (BAT) Bhd. mendahului dagangan dengan menokok 38 sen kepada RM14.80 setelah syarikat ini melaporkan prestasi kewangan suku kedua bagi tahun kewangan berakhir 2021 yang kukuh.

 

Ia menyaksikan untung bersih BAT melonjak 31.14% tahun ke tahun dipacu pertumbuhan di peringkat domestik.

 

Kaunter untung juga didahului dengan Malaysian Pacific Industries (MPI) Bhd. diniagakan tinggi pada RM42.80 setelah meningkat 30 sen diikuti Genetech Technology Bhd. menokok 26 sen kepada RM18.42. 

 

Sebaliknya, kaunter rugi menyaksikan saham Nestle (Malaysia) Bhd. susut RM1 kepada RM132.3 diikuti Vitrox Corporation Bhd. susut 54 sen kepada RM18.88. 

 

Turut lemah dalam dagangan pagi ini, saham Hong Leong Bank Bhd. menyusut 20 sen kepada RM18.20.

 

Di samping itu, dagangan hari ini juga akan memberi tumpuan kepada saham-saham seperti Hextar Global Bhd., Pertama Digital Bhd, Seni Jaya Corp Bhd dan Hong Seng Consolidated Bhd berdasarkan pengumuman korporat mereka Jumaat lalu.

 

Mengenai pergerakan saham hari ini, Malacca Securities Research dalam nota kajian berkata, pelabur akan terus kekal berhati-hati terutama bermulanya 5 hari sidang Parlimen minggu ini. 

 

"Kami menjangkakan pelabur akan mengalih tumpuan daripada kadar jangkitan harian COVID-19 kepada kadar vaksinasi yang mencecah lebih 400,000 dos sehari.

 

"Ini secara tidak langsung akan menyediakan pemangkin untuk menstabilkan sentimen pasaran dengan fokus kepada saham-saham berkaitan pemulihan," katanya. - DagangNews.com