Bayaran pendahuluan RM1,000 kategori 2 i-Sinar | DagangNews Skip to main content

Bayaran pendahuluan RM1,000 kategori 2 i-Sinar

 


Oleh ZUNAIDAH ZAINON
zunaidah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2.

 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, proses pembayaran pendahuluan i-Sinar Kategori 2 juga
dipermudahkan kerana ahli hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri bahawa mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan dan menghantar dokumen sokongan secara dalam talian. 

 

"Kerajaan juga telah meminta KWSP memudahkan proses pembayaran pendahuluan ini, yang akan dibuat mulai 26 Januari. 

 

"Maklumat lanjut akan diumumkan oleh KWSP dalam masa terdekat," katanya dalam perutusan khas petang ini.

 

Kemudahan i-Sinar telah dibuka kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan akibat COVID-19 bermula 21
Disember yang lepas. 

 

Beliau berkata, setakat 13 Januari, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun ini. - DagangNews.com