Bayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran dilanjut hingga 31 Mac | DagangNews Skip to main content

Bayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran dilanjut hingga 31 Mac

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Tempoh bayaran balik pinjaman Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dilanjutkan kepada tiga lagi iaitu hingga 31 Mac 2021 bagi peminjam yang layak.

 

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, lanjutan itu diberi berikutan terdapat peminjam PTPK yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan masih belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman.

 

 Datuk Seri M. Saravanan berkata,
 M. Saravanan 

 

"Pelanjutan tempoh penangguhan ini akan melibatkan bayaran balik pinjaman berjumlah RM9,516,798.90 dan akan memberi manfaat kepada 72,747 bilangan akaun.

 

"KSM amat prihatin dan peka terhadap kekangan kewangan serta kesukaran hidup yang dihadapi oleh sebilangan peminjam PTPK yang kehilangan pekerjaan susulan pandemik COVID-19 selain bencana banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini. 

 

"KSM berharap penangguhan bayaran ini yang juga sebahagian daripada tanggungjawab sosial dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh peminjam PTPK," jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.

 

Peminjam PTPK yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui borang penangguhan yang boleh diisi di laman web PTPK mulai 15 Januari hingga 31 Mac 2021.

 

"Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut peminjam boleh mengemukakan email kepada covidcarebb@ptpk.gov.my atau skillsfund@ptpk.gov.my.

 

"Maklumat lanjut juga boleh diperolehi melalui laman web rasmi PTPK www.ptpk.gov.my.," ujar beliau. - DagangNews.com