BNM lanjut fleksibiliti penuhi keperluan SRR | DagangNews Skip to main content

BNM lanjut fleksibiliti penuhi keperluan SRR

 

 

 


KUALA LUMPUR 20 Jan. - Bank Negara Malaysia (BNM) memberi lanjutan fleksibiliti bagi institusi
perbankan menggunakan MGS dan MGII untuk memenuhi pematuhan Nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) sehingga 31 Disember 2022. 

 

Bank pusat berkata, fleksibiliti ini yang telah diumumkan pada 5 Mei 2020 kini terpakai sehingga 31 Mei 2021. 

 

SRR ini kekal tidak berubah pada 2.00%.

 

"Keputusan untuk melanjutkan fleksibiliti ini merupakan sebahagian daripada usaha BNM yang berterusan untuk memastikan mudah tunai adalah mencukupi bagi menyokong aktiviti pengantaraan kewangan," katanya dalam kenyataan hari ini.  

 

Sejak Mac 2020, pengurangan nisbah SRR sebanyak 100 mata asas dan fleksibiliti untuk menggunakan MGS dan MGII sebagai sebahagian daripada pematuhan SRR telah menambah kira-kira RM46 bilion mudah tunai ke dalam sistem perbankan.

 

Jelas BNM, SRR merupakan instrumen untuk menguruskan mudah tunai dan bukan menandakan pendirian dasar monetari.

 

"Kadar Dasar Semalaman (OPR) ialah satu-satunya penunjuk yang digunakan untuk memberikan isyarat mengenai pendirian dasar monetari," katanya.

 

OPR diumumkan melalui Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari. - DagangNews.com