Bursa Malaysia mulakan tindakan undang-undang terhadap Serba Dinamik  | DagangNews Skip to main content

Bursa Malaysia mulakan tindakan undang-undang terhadap Serba Dinamik 

KUALA LUMPUR 24 Nov -  Bursa Malaysia Securities Bhd telah memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Serba Dinamik Holdings Bhd.

 

Saman itu, di bawah seksyen 360 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, adalah “untuk mengarahkan Serba Dinamik membuat pengumuman umum dengan segera mengenai Kemas Kini Dapatan Berdasarkan Fakta di Kajian Bebas Khas setakat 30 sept, 2021.   

 

“Permohonan mahkamah itu dibuat berikutan kegagalan Serba Dinamik untuk mematuhi arahan Bursa Malaysia bertarikh 22 Okt, 2021,” kata pengawal selia bursa saham itu dalam satu kenyataan malam tadi.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Serba Dinamik fail saman terhadap Bursa Malaysia

Hasil dapatan SIR tidak rasmi, tiada sebab Bursa Malaysia gantung Serba Dinamik

 

Arahan Bursa Malaysia dikeluarkan menuntut Serba Dinamik mendedahkan dapatan ketara daripada Kemas Kini Dapatan Berdasarkan Fakta setakat 30 Sept, 2021, yang dilantik oleh Serba Dinamik untuk menjalankan kajian bebas bagi menilai kebenaran dan ketepatan perkara yang dibangkitkan oleh juruaudit statutori Serba Dinamik pada masa itu, KPMG.

 

‘Permohonan mahkamah itu dibuat, “sebagai melaksanakan peranan dan tanggungjawab Bursa Malaysia Securities dalam mengawal selia kendalian dan menguatkuasakan pematuhan dengan obligasi berterusan penerbit tersenarai mengikut Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama,” katanya. - DagangNews.com