Central Global rancang tingkatkan kecekapan pengeluaran melalui pembelian mesin baharu | DagangNews Skip to main content

Central Global rancang tingkatkan kecekapan pengeluaran melalui pembelian mesin baharu

Chew Hian Tat menyampaikan ucapan ketika pelancaran logo baharu Central Industrial Corporation Berhad bersempena dengan sambutan ke-50 penubuhan Central Global Berhad.
oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 29 Jun - Central Global Berhad merancang untuk meningkatkan kecekapan pengeluarannya melalui pembelian mesin bahaurselaras dengan jangkaan peningkatan permintaan.

 

Pengarah Urusan kumpulan, Chew Hian Tat berkata,  peningkatan industri automotif dijangka meningkatkan permintaan untuk pita pelekat.

 

Beliau berkata, menurut Agensi Tenaga Antarabangsa, hampir 41 juta kereta telah dijual di seluruh dunia pada 2020 dan  secara keseluruhannya, jualan kereta global akan terus berkembang dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 3.6% dalam tempoh lima tahun akan datang.

 

Katanya, peningkatan populasi dan pendapatan juga dijangka meningkatkan industri pembinaan yang seterusnya meningkatkan pasaran pita pelekat.

 

"Buat masa sekarang, kami memutuskan pembelian mesin baharu bagi meningkatkan kapasiti pembuatan untuk industri pita pelekat sebanyak 2.5 kali kepada 70 juta meter persegi pita setahun berbanding 20 juta meter persegi buat masa sekarang.

 

"Baru-baru ini kami menerima pengadun tambahan yang akan meningkatkan jumlah keluaran pencampuran kami kepada 215 tan sebulan daripada kapasiti semasa kami sebanyak 179 tan sebulan atau peningkatan sebanyak 20% sebulan.

 

logo
Pelancaran logo Central Industrial Corporation Berhad bersempena sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan Central Global Berhad.

 

"Kami berharap pengadun baharu akan berjaya dipasang pada bulan Julai dan kami boleh memulakan operasi pada bulan Ogos," katanya dalam satu kenyataan bersempena sambutan ke-50 kumpulan itu, hari ini.

 

Pada majlis itu, anak syarikat kumpulan itu, Central Industrial Corporation Berhad turut melancarkan logo baharu syarikat sebagai cerminan kemajuan mereka sepanjang 50 tahun penubuhan kumpulan itu.

 

Sejak mula ditubuhkan pada 1972, mereka telah berkhidmat dalam sektor perniagaan automotif di pasaran domestik dan antarabangsa seperti Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, China, Thailand, India, Singapura, Indonesia, Vietnam, Brunei, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Taiwan , Sri Lanka dan Eropah.

 

Sehingga kini Central Industrial Corporation telah menghasilkan lebih 50 pelekat industri dan label hasil penyelidikan serta pembangunan yang konsisten dan usaha inovasi untuk memperluaskan portfolio produknya. - DagangNews.com