CIMB rugi RM280 juta akibat masalah teknikal perbankan | DagangNews Skip to main content

CIMB rugi RM280 juta akibat masalah teknikal perbankan

CIMB sedang melaksanakan langkah perlu untuk menyelesaikan bayaran duplikasi itu daripada pelanggan yang terjejas.

KUALA LUMPUR 1 Mac – CIMB Group Holdings Bhd menanggung kerugian kredit sebanyak RM280.9 juta pada 2021 disebabkan masalah pemprosesan yang menyaksikan dana dideposit kepada ribuan akaun pelanggan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, pihaknya mengesan masalah tersebut tahun ini yang berkait dengan perkhidmatan kiriman wang (remittance) pihak ketiga.

 

Menurut beliau, CIMB melaksanakan jangkaan kerugian kredit (ECL) pada suku keempat tahun kewangan 2021.

 

"Seperti yang diumumkan pada Januari 2022, kumpulan ini mendapati ralat pemprosesan berkaitan perkhidmatan kiriman wang pihak ketiga yang mengakibatkan segelintir pelanggan menerima kredit duplikasi ke dalam akaun mereka.

 

''Kumpulan ini sedang melaksanakan langkah perlu untuk menyelesaikan bayaran duplikasi itu daripada pelanggan yang terjejas.

 

"Berikutan penilaian dan langkah pemulihan yang sedang dijalankan, kumpulan ini telah menawarkan secara berhati-hati majoriti daripada pendedahan itu dengan ECL sebanyak RM280.9 juta bagi tahun kewangan 2021.

 

''Ia bergantung kepada libat urus dan hasil pemulihan kumpulan dengan pelanggan, jumlah peruntukan akhir tambahan dan lebih rendah mungkin dilaksanakan pada suku pertama 2022,’’ katanya dalam kenyataan mengumumkan keputusan kewangan CIMB pada Isnin.


 

Datuk Abdul Rahman Ahmad
              Datuk Abdul Rahman Ahmad

 


CIMB, yang saham terbesarnya dimiliki oleh sayap pelaburan negara, Khazanah Nasional melaporkan keuntungan bersih sebanyak RM4.3 juta bagi 2021, tahap tertinggi diraihnya sejak 2019.

 

Bank ini menjadi perhatian umum pada Januari apabila sebilangan pelanggan mengadu akaun mereka dibekukan secara mendadak, yang kemudiannya diakui CIMB berlaku masalah teknikal kepada sistem perbankannya.

 

ARTIKEL BERKAITAN:

CIMB AKUI TERDAPAT KESILAPAN PEMPROSESAN DALAM AKAUN

CIMB SEDANG BEKERJASAMA RAPAT DENGAN PELANGGAN TERJEJAS PASTIKAN PENYELESAIAN ADIL

PELANGGAN CIMB MASIH MENGADU AKAUN DIBEKUKAN, LAPOR POLIS

SEBAHAGIAN PELANGGAN SERANG FACEBOOK CIMB KERANA AKAUN DIBEKAUKAN

 

Bank Negara Malaysia telah meminta CIMB mengemukakan ‘opsyen munasabah’ untuk pelanggan memulangkan wang lebihan yang dideposit salah itu, kata Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

 

Menurut beliau, BNM akan memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas CIMB jika mendapati wujud sebarang pelanggaran undang-undang atau regulatori. – DagangNews.com