AIBIM sokong inisiatif pinjaman perumahan dan pembiayaan rumah standard kepada pelanggan runcit diperkenal BNM | DagangNews Skip to main content

AIBIM sokong inisiatif pinjaman perumahan dan pembiayaan rumah standard kepada pelanggan runcit diperkenal BNM

Mohd Muazzam Mohamed
oleh HUDA HASSAN

KUALA LUMPUR 29 Mac - Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan perjanjian pinjaman perumahan dan pembiayaan rumah yang standard untuk pelanggan runcit. 

 

Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia (AIBIM) berkata, pendekatan itu adalah bagi membantu pengguna memahami dan membandingkan terma serta syarat utama dalam dokumen dengan lebih mudah.

 

Menurutnya, AIBIM percaya inisiatif itu juga bertujuan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan memudahkan bahasa dalam perjanjian tersebut, ia termasuk kewajipan dan tanggungjawab peminjam dan pembiaya.

 

"Langkah ini dilihat mampu mengukuhkan komitmen Bank Negara Malaysia untuk mempromosikan hasil pengguna yang adil dalam industri kewangan.

 

“Ia selaras dengan Dokumen Polisi Layanan Adil Pengguna Kewangan, serta dokumen dasar, garis panduan dan pekeliling lain yang berkaitan yang dikeluarkan oleh bank pusat," kata AIBIM dalam satu kenyataan.

 

AIBIM berkata, institusi kewangan dikehendaki menghentikan untuk mengenakan bayaran ke atas pinjaman perumahan dan dokumen pembiayaan rumah kepada peguam mulai 1 Feb tahun ini.

 

Tamabahnya, ia merupakan sebahagian daripada langkah penyeragaman.

 

Sementara itu, Presiden AIBIM dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islamic Malaysia Bhd, Mohd Muazzam Mohamed berkata, keputusan itu merupakan langkah penting ke dalam melindungi pelanggan. 

 

"Menyeragamkan perjanjian pinjaman perumahan dan pembiayaan rumah merupakan langkah penting ke hadapan dalam meningkatkan perlindungan pelanggan dalam industri kewangan.

 

“Ahli-ahli AIBIM menyokong penuh inisiatif ini," katanya. - DagangNews.com