Astro lancar saluran DreamWorks mulai 1 Februari 2023 | DagangNews Skip to main content

Astro lancar saluran DreamWorks mulai 1 Februari 2023

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 20 Jan - NBCUniversal International Networks & Direct-to- Consumer (NBCUIN & DTC) menjalin kerjasama dengan Astro untuk melancarkan DreamWorks, saluran 24 jam khusus untuk hiburan kanak-kanak dan keluarga. 

 

Disiarkan mulai 1 Februari 2023, di saluran 612, DreamWorks akan ditawarkan dalam pilihan Bahasa Inggeris, Melayu dan Cina, sebagai sebahagian daripada pek kanak-kanak.

 

DreamWorks akan menyediakan kanak-kanak dan keluarga hiburan, dengan menampilkan siri televisyen yang memenangi anugerah seperti Kung Fu Panda: The Paws of Destiny, Trolls: The Beat Coes On/, dan The Boss Baby: Back in Business.

 

Saluran ini juga mempersembahkan DreamWorks Junior, untuk kanak-kanak berumur dua hingga lima tahun yang menampilkan kegemaran seperti Noddy Toyland Detective dan Dragons: Rescue Riders.

 

Juga tersedia di Unifi Malaysia, pelancaran DreamWorks di Astro menandakan pengembangan dan permintaan yang ketara bagi jenama itu di rantau ini, dengan menjangkau lebih 50 juta isi rumah di 100 negara setakat ini.

 

Untuk meraikan pelancaran DreamWorks di Astro, perkhidmatan TV berbayar itu menawarkan pratonton selama 15 hari di saluran 622 kepada semua pelanggan Astro yang layak dari 15 hingga 31 Januari 2023.

 

 

astro

 

 

astro

 

 

astro

 

 

DreamWorks akan berpindah ke saluran 612 pada 1 Februari 2023. - DagangNews.com