Belanjawan 2023 : Tanah terbiar Felda, Felcra, Risda akan dibangunkan dengan projek tanaman makanan | DagangNews Skip to main content

Belanjawan 2023 : Tanah terbiar Felda, Felcra, Risda akan dibangunkan dengan projek tanaman makanan

KUALA LUMPUR 24 Feb - Kerajaan bercadang supaya Felda, Felcra, Risda dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyuburkan tanah-tanah terbiar milik mereka dengan keluasan sehingga 800 ekar untuk projek tanaman makanan.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hanya 1.2 juta hektar tanah negara dimanfaatkan untuk tujuan tanaman makanan berbanding 7 juta hektar bagi tanaman kelapa sawit dan getah.

 

Menurutnya, Kementerian Pertahanan dan LTAT beserta syarikat lain juga akan melaksanakan projek peningkatan pertanian bijirin jagung domestik.

 

Katanya, selain untuk meningkatkan keterjaminan makanan, langkah ini juga boleh memberi peluang kerjaya kepada veteran tentera. 

 

"LTAT menyediakan 70 ekar tanah perladangan untuk melaksanakan projek ini. Selain itu, kerajaan juga akan menyediakan sebanyak RM30 juta untuk bekerjasama dengan beberapa kerajaan negeri bagi melaksanakan projek-projek agromakanan," katanya dalam pembentangan Belanjawan 2023 hari ini. - DagangNews.com