Engtex Group ambil alih 51,000 saham biasa Leading Wonder dengan harga RM62,291 | DagangNews Skip to main content

Engtex Group ambil alih 51,000 saham biasa Leading Wonder dengan harga RM62,291

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 2 Feb - Engtex Group Berhad mengambil alih 51,000 saham biasa atau 51% pegangan ekuiti di dalam Leading Wonder Sdn. Bhd. (LWSB) daripada Beh Hock Seng dan Leong Chee Seong dengan nilai RM62,291.50.

 

Pertimbangan pembelian itu adalah berdasarkan aset bersih dalam LWSB mengikut akaun pengurusan bagi tempoh berakhir 31 Januari 2023 dan dibiayai oleh dana yang dijana secara dalaman.

 

"Selepas pengambilalihan itu, LWSB menjadi anak syarikat milik 51% Engtex dan baki 49% dipegang oleh Northern Solar Sdn. Bhd.," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

LWSB ditubuhkan di Malaysia pada 2 Julai 2022 dan memiliki modal saham terbitan dan berbayar sebanyak RM100,000 terdiri daripada 100,000 saham biasa.

 

Syarikat itu kini bagaimanapun tidak aktif dan aktiviti utamanya adalah penyediaan penyelesaian tenaga solar.

 

"Pengambilalihan itu membolehkan Engtex mengambil bahagian dalam penyelesaian tenaga bersih yang akan menyumbang kepada persekitaran hijau.

 

"Pengambilalihan itu tidak mempunyai sebarang kesan ke atas pendapatan sesaham, aset bersih sesaham, gearing dan pegangan saham pemegang saham yang besar bagi Engtex untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023," katanya. - DagangNews.com