Gopeng Glamping Park dan Glamping @Wetland Putrajaya terima pengiktirafan  | DagangNews Skip to main content

Gopeng Glamping Park dan Glamping @Wetland Putrajaya terima pengiktirafan 

oleh ZAKI SALLEH

IPOH 25 Jan - Dua lokasi percutian khemah popular iaitu Gopeng Glamping Park dan Glamping @Wetland Putrajaya mencipta kejayaan tersendiri apabila menerima pengiktirafan.

 

Keduanya-duanya diberikan pensijilan MS 2610:2015 Muslim Friendly Hospitality Services For Accommodation (Glamour Camping Tents) Food and Beverages, Recreational and Adventure Activities.

 

Gopeng Glamping Park dan Glamping @Wetland Putrajaya diuruskan oleh Glamping Park Travel and Tours yang juga menguruskan Pusat Rekreasi Air Putrajaya (LRC).

 

Pensijilan tersebut telah meletakkan dua pusat perkhemahan ini sebagai camping site yang mempunyai kelasnya serta sesuai pada semua lapisan pengunjung.


 

glow
Gopeng Glamping Park yang terletak di Kampung Chulek, Gopeng ini popular khususnya dalam kalangan pengunjung keluarga.

 


Pengurusan Besar Gopeng Glamping Park, Riduan Jamaludin berkata, pengiktirafan itu secara tidak langsung membantu meningkatkan jenama lokasi percutian ini seterusnya memacu pelancongan negeri.

 

Menurut beliau, kejayaan itu adalah hasil usaha keras yang diberikan oleh warga kerja dan sudah pasti akan memberikan nilai tambah kepada Gopeng Glamping Park dan Glamping @Wetland Putrajaya untuk terus berkembang.

 

"Bermula pada 29 Mac tahun lalu, pihak kami menghadiri kursus yang dianjurkan MARA untuk membantu pengusaha hotel, resort dan homestay ke arah pensijilan ini. 

 

"Pihak kami bersungguh-sungguh dalam usaha memastikan segala perlaksanaan operasi syarikat lebih efiksyen, berdaya saing dan konsisten," ujarnya ketika ditemui DagangNews.com.


 

glow
Pemilik Gopeng Glamping Park, Mohd. Nor Arif Mohd. Azmi (tiga dari kanan) menerima plak pengiktirafan daripada Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Dato’ Zulfikri Osman.

 


Komitmen tinggi syarikat serta inisiatif MARA melalui kemudahan geran bagi Program Pensijilan Usahawan - Business Enrichment, Standardization and Transformation (BEST) juga membantu usaha syarikat untuk mendapatkan pensijilan tersebut.

 

Tambah Riduan lagi, pihaknya turut berterima kasih kepada SIRIM di atas komitmen yang diberi sepanjang proses audit berlangsung dalam mencapai standard piawaian yang telah ditetapkan.

 

"Sijil penghargaan ini telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Dato’ Zulfikri Osman semasa melawat ke camp site Gopeng Glamping Park pada 6 Januari lalu.


 

parafrasa
Sebahagian daripada para petugas Gopeng Glamping Park dan Glamping @Wetland Putrajaya semasa meraikan penubuhan pusat pelancongan itu di Gopeng baru-baru ini.

 


"Menerusi pensijilan ini kita juga telah meletakkan satu piawaian dalam operasi syarikat yang mana ia turut meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pengunjung," ujarnya. - DagangNews.com