Mister Potato umum Neymar Jr sebagai duta jenama baharu | DagangNews Skip to main content

Mister Potato umum Neymar Jr sebagai duta jenama baharu

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 17 Okt - Sempena penganjuran kejohanan Piala Dunia 2022 Qatar yang kini semakin hangat dan dinanti-nantikan, Mister Potato memeterai perjanjian dengan NR Sports untuk melantik Neymar da Silva Santos Júnior sebagai duta baharu Mister Potato. 

 

Dikenali ramai sebagai Neymar Jr, beliau dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak paling berbakat dalam generasinya. 

 

Penyerang kelahiran Brazil itu telah dipilih sebagai Pemain Bola Sepak Amerika Selatan Terbaik sebanyak dua kali dan telah membantu pasukannya menjulang 13 kejuaraan sejak menyertai Paris Saint-Germain pada 2017, termasuk Liga Perancis (Ligue 1) sebanyak empat kali dan Piala Perancis sebanyak tiga kali. 

 

Neymar Jr mempunyai ramai pengikut, iaitu sejumlah 179 juta pengikut di Instagram dan mengendalikan sebuah pertubuhan bukan keuntungan iaitu Instituto Projeto Neymar Jr, projek sosial yang berusaha membantu kanak-kanak, anak-anak muda dan keluarga mereka di Brazil.

 

Kerjasama baharu Mister Potato x NR Sports menandakan fasa seterusnya dalam sambutan ulang tahun Mister Potato yang ke-30 dan juga kerjasama jenama kegemaran ramai ini dengan selebriti terkenal. 

 

Kempen itu dilancarkan dengan tema 'The Ridiculous Kick' (Penangan Rasa Gila-Gila) selama setahun dengan Neymar Jr sebagai tumpuan utama. Mister Potato juga akan melancarkan dua perisa edisi terhad (BBQ Kebab dan Hot Salsa), perisa inspirasi daripada kelazatan makanan Brazil.

 

Ketua Pegawai Pemasaran MAMEE-Double Decker, How Yuan Yi berkata, mereka di Mister Potato amat teruja dengan penyertaan Neymar Jr dalam kempen tersebut. 

 

 

mp

 

 

"Beliau seorang individu luar biasa yang bakatnya dalam sukan bola sepak memang sangat disanjungi. Neymar Jr terkenal kerana keupayaannya di atas padang dan juga kerja amal di luar padang yang mana beliau menggunakan pengaruhnya untuk membawa kesan positif di peringkat global.

 

“Personaliti luar biasa dan gaya hidup aktif yang penuh bertenaga menjadikan Neymar Jr pilihan sesuai bagi jenama kami. Kami akan memulakan beberapa aktiviti menarik dalam minggu yang akan datang dan bersedia memenuhi keinginan peminat bola sepak untuk menikmati snek yang lazat sambil menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Dalam pada itu, Neymar Jr sangat gembira kerana berpeluang menjadi duta baharu Mister Potato, lebih-lebih lagi pada tahun yang penting dalam kerjayanya. 

 

"Saya rasa seronok untuk turut serta dalam kempen Mister Potato ini dan memang menggemari produk Mister Potato," katanya.

 

 

mp

 

 

Selain itu, para peminat bola sepak kini berpeluang untuk memenangi percutian ke Qatar, produk Puma dan hadiah wang tunai bernilai lebih daripada RM138,000, menerusi Peraduan Snek & Menang yang berlangsung dari 1 Oktober sehingga 27 November 2022. 

 

Untuk melayakkan diri untuk menyertai peraduan, pengguna perlu membeli produk Mister Potato yang bernilai sekurang-kurangnya RM10. Isikan nama dan nombor kad pengenalan pada resit pembelian dan hantar menerusi WhatsApp ke +601156881139.

 

Pemenang hadiah utama akan diterbangkan ke Qatar untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia 2022 di Qatar dan lawatan ini akan ditanggung sepenuhnya.

 

 

mp

 

 

Seramai 20 pemenang sagu hati akan menerima wang tunai RM2,000 dan produk Puma x Neymar Jr, manakala 200 pemenang hadiah mingguan akan menerima wang tunai RM250 setiap seorang. 

 

Rakan niaga yang menyertai peraduan ini termasuk pasar raya, pasar raya besar, pasar raya mini, e-dagang,  kedai stesen minyak dan kedai serbaneka di seluruh negara.

 

Jenama kerepek kentang terkemuka Malaysia, Mister Potato ialah pilihan pertama bagi kerepek kentang di Malaysia dan tidak asing dalam usaha menjalin kerjasama pada peringkat global, termasuk kerjasama dengan Manchester United dan Chevrolet, dan juga bintang K-pop, Cha Eun-Woo. 

 

Produk Mister Potato boleh didapati dalam paket dan juga kanister dan dijual pada harga RM3.20 dan ke atas. Semua produk Mister Potato boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar, pasar mini, kedai serbaneka, stesen petrol dan kedai runcit di seluruh negara, dan juga menerusi gedung rasmi MAMEE di Lazada (https://bit.ly/3fX5hpE) dan Shopee (https://shp.ee/xim7frj). - DagangNews.com