Pekerja dan Organisasi: Bagaimana hubungan Kesihatan Mental pekerja | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Infiniti - 10 March 2023

Pekerja dan Organisasi: Bagaimana Hubungan Kesihatan Mental Pekerja

 

 

 

JABATAN-jabatan dalam sebuah organisasi, pengurusan am dan pentadbiran adalah fungsian penting untuk kejayaan sesebuah organisasi Kini. Apakah tempat terbaik untuk mereka bekerja?

 

Apabila orang ramai mula bekerja dari rumah, ramai eksekutif bimbang produktiviti akan hilang. Sebaliknya, terbukti tidak benar jika kejujuran dan etika kerja merupakan asas yang telah terbina teguh selama ini dalam sesebuah organisasi.

 

Bagi organisasi yang berteraskan kejujuran dan etika kebanyakan produktiviti  pekerja mereka telah meningkat, sebahagiannya disebabkan oleh kadar pendigitalan yang dipercepatkan akibat pandemik.

 

Apabila syarikat bergerak ke tahap normal seterusnya, mereka sedang mencari cara untuk mengekalkan keuntungan tersebut melalui model kerja hibrid baharu yang diupayakan oleh teknologi digital.

 

Terdapat perubahan keputusan yang perlu dibuat tentang perubahan kaedah bekerja, pusat perkhidmatan yang di kongsi, struktur organisasi dan pelaburan dalam pendigitalan.


 

parafrasa

 


Pandemik COVID-19 telah mempercepat dan memburukkan lagi cabaran besar korporat yang telah lama wujud terhadap kesihatan mental dan kesejahteraan pekerja, dan khususnya kesihatan mental pekerja. Ini telah menghasilkan laporan mengenai peningkatan kadar kebosanan yang tinggi dalam kalangan pekerja di seluruh dunia .

 

Kebanyakan majikan telah bertindak balas dengan membuat penambahbaikan banyak ke dalam kesihatan mental dan kesejahteraan pekerja  berbanding sebelum ini. Di seluruh dunia, majikan utama melaporkan bahawa kesihatan mental dan kesejahteraan adalah merupakan keutamaan bagi organisasi mereka.

 

Banyak syarikat menawarkan pelbagai manfaat kesihatan seperti percutian sambal belajar, langganan aplikasi meditasi, hari kesejahteraan dan latihan tentang pengurusan masa dan produktiviti.

 

Walaupun usaha ini patut dipuji, kebanyakan majikan memberi tumpuan kepada campur tangan mereka pada peringkat individu di mana yang mereka memulihkan gejala, dan bukannya tindakan awal menyelesaikan punca keletihan pekerja.

 

Dengan menggunakan jenis campur tangan jenis ini ianya boleh menyebabkan majikan perlu menghabiskan nilai yang terlalu tinggi kerana kesan program dan faedah kesihatan mereka telah lama terjejas dan ini terjadi kerana para majikan memandang rendah persekitaran kritikal tempat kerja dan memandang sepi dalam mengurangkan keletihan dan menyokong kesihatan mental dan kesejahteraan pekerja. Kita sering dengar mencegah itu lebih baik dari mengubat. Tetapi ini tidaklah seindah yang kita dengari.

 

Kebanyakan majikan tidak menggunakan pendekatan sistemik, ramai yang mengalami peningkatan kadar pengurusan tekanan yang lebih lemah dalam keletihan dan kesihatan mental pekerja dan kesejahteraan yang mereka jangkakan.

 

Berdasarkan pelaburan mereka organisasi dilihat akan membayar harga yang tinggi di sebabkan kerana kegagalan menangani faktor kemurungan dan penurunan prestasi di tempat kerja yang sangat mempunyai kaitan tinggi dengan keletihan, di sebabkan faktor seperti tingkah laku toksik.


 

parafrasa

 


Banyak permasalahan di dalam sesebuah organisasi berpunca daripada kemurungan dan keletihan di tempat kerja dan perkara yang berkaitan dengannya dan boleh membawa kepada isu organisasi yang melibat kos yang tinggi untuk menanganinya seperti pergeseran.

 

Tahap kadar pusing ganti pekerja tinggi yang belum pernah terjadi sebelumnya merupakan fenomena global yang kini di gambarkan sebagai “The Great Attrition” yang menjadikan kos pengurusan kesihatan pekerja semakin lebih jelas. Kos tersembunyi kepada majikan juga termasuk ketidakhadiran, penglibatan yang lebih rendah, dan penurunan produktiviti.

 

Tempat kerja toksik, kemampanan kerja, pembangunan kepunyaan, persekitaran pertumbuhan yang menyokong, kebebasan daripada stigma, komitmen organisasi, akauntabiliti kepimpinan dan akses kepada sumber merupakan faktor penting yang akan menentukan suasana tempat bekerja dan ianya berkeupayaan mempengaruhi niat untuk berhenti kerja, penglibatan kerja, kepuasan kerja dan sokongan terhadap produktiviti organisasi.

 

Masalah ini jelas menunjukkan penglibatan berterusan antara cara pekerja dan majikan melihat kesihatan mental dan kesejahteraan memberi kesan dalam pengurusan organisasi.

 

Persepsi majikan dan pekerja di mana majikan secara konsisten menilai dimensi tempat kerja yang dikaitkan dengan kesihatan mental dan kesejahteraan lebih baik daripada pekerja perlu di terjemahkan menjadi realiti. Tingkah laku di tempat kerja toksik adalah merupakan penyumbang utama bagi prestasi majikan.


 

parafrasa

 


Ini berlaku kerana kita sering menganggap kesihatan mental pekerja, kesejahteraan dan keletihan sebagai masalah peribadi. Itulah sebabnya kebanyakan syarikat telah bertindak balas terhadap gejala dengan menawarkan sumber yang tertumpu kepada individu seperti program kesihatan.

 

Walau bagaimanapun, penemuan dalam tinjauan dan penyelidikan selepas pandemik mendapati  jelas kebosanan yang dialami oleh individu, dipengaruhi ketidakseimbangan pengurusan organisasi secara sistemik merentas permintaan pekerjaan dan sumber pekerjaan. Jadi, majikan boleh dan harus melihat kadar kebosanan sebagai tanda amaran yang kuat bahawa organisasi yang perlu menjalani perubahan sistematik yang bermakna. – DagangNews.com

 

Afizan Amer adalah Pensyarah Kanan Pemasaran Digital, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Rembau , Universiti Teknologi Mara N.Sembilan.

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL INFINITI

Portfolio Tags