PropertyGuru Malaysia raih dua anugerah Putra Aria Brand Awards 2022 | DagangNews.com Skip to main content

PropertyGuru Malaysia raih dua anugerah Putra Aria Brand Awards 2022

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 25 Jan - PropertyGuru.com.my dan iProperty.com.my masing-masing memenangi anugerah gangsa dan perak dalam kategori pembangunan hartanah pada 2022 Putra Aria Brand Awards, baru-baru ini.

 

Ia merupakan kali kedua platform itu menerima pengiktirafan jenama utama berikutan kemenangan anugerah gangsa pada 2021 Putra Brand Awards. 

 

Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia (PropertyGuru.com.my dan iProperty.com.my), Sheldon Fernandez berkata, pihaknya amat berbesar hati menerima pengiktirafan daripada Putra Aria Brand Awards.

 

Katanya, ia adalah satu pencapaian yang hebat untuk dipilih sebagai portal hartanah pilihan Malaysia. 

 

"Kami menyasarkan untuk menjadi 'Platform Amanah' di Asia Tenggara dengan melangkaui 'pencarian hartanah' dan menyediakan pengguna dengan data dan cerapan hartanah boleh dipercayai. 

 

"Kami komited untuk membantu pengguna pada setiap peringkat perjalanan hartanah mereka melalui penyelesaian proptech yang inovatif dan dengan menyampaikan kandungan relevan dan berwawasan. 

 

"Hari ini, pengguna telah menggunakan pendekatan digital untuk memburu hartanah. Oleh itu, kami berhasrat untuk memenuhi keperluan ini dengan menyediakan pengalaman hartanah digital terbaik," katanya dalam satu kenyataan.

 

 

propertyguru
                                                                 Sheldon Fernandez

 

 

Pada Oktober 2022, PropertyGuru Group mengumumkan kedudukan semula jenamanya yang berpusat kepada setiap pengguna dalam perjalanan hartanah. 

 

Ini termasuk Laporan Pasaran Hartanah PropertyGuru Malaysia (MPMR), Kajian Sentimen Pengguna Malaysia (CSS) dua kali setahun serta alat dan kalkulator pinjaman rumahnya. 

 

Kumpulan PropertyGuru juga baru-baru ini melancarkan jenama perusahaan baharu, 'PropertyGuru For Business,' yang menyatukan tawaran perniagaan kepada perniagaan (B2B) PropertyGuru. 

 

Ia memberi tumpuan kepada mencipta penyelesaian canggih yang membantu pemaju hartanah, broker, bank, penilai dan perancang dasar/bandar dalam mencapai sasaran mereka.

 

Sementara itu, iProperty.com.my melancarkan Bahagian Transaksi pada 2022, satu ciri yang menyediakan data transaksi subjualan terkini dan paling tepat di Malaysia. - DagangNews.com