RichWorks agih minyak bernilai RM50,000 secara percuma di Lembah Klang pada 9 Disember 2022 | DagangNews Skip to main content

RichWorks agih minyak bernilai RM50,000 secara percuma di Lembah Klang pada 9 Disember 2022

Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 41 usahawan jutawan RichWorks mengikuti Inner Circle Meeting (ICM) Titanium Premier di Atlanta, Amerika Syarikat yang berlangsung dari 7 hingga 10 Disember 2022

KUALA LUMPUR 8 Dis - RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) akan mengagihkan minyak bernilai RM50,000 secara percuma kepada mereka yang memerlukan di sekitar Lembah Klang, esok.

 

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd berkata, jenis minyak dan lokasi terlibat hanya akan diumumkan kepada orang ramai pada pukul 2.30 petang esok.

 

Katanya, inisiatif itu diadakan dengan mesej untuk membawa perubahan positif bermula dengan diri sendiri dan seterusnya bawa Malaysia menjadi lebih baik. 

 

“Mentor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman sendiri akan membuat pengumuman istimewa ini dari Atlanta, Amerika Syarikat (AS) selepas solat Jumaat.

 

“Bagi memastikan orang ramai terutama mereka yang memerlukan tidak terlepas peluang ini, nantikan pengumuman dan maklumat lanjut menerusi laman Facebook Azizan Osman Official esok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Ketika ini, Azizan bersama 41 usahawan jutawan RichWorks mengikuti Inner Circle Meeting (ICM) Titanium Premier di Atlanta yang berlangsung dari 7 hingga 10 Disember ini.

 

Sejak 2008, RichWorks dengan bimbingan Azizan melalui program keusahawanan telah melatih lebih satu juta bangsa usahawan dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

 

 

richworks

 

 

richworks

 

 

richworks

 

 

Tambah Radz, pihaknya terpanggil untuk mengagihkan minyak itu meskipun tidaklah dengan jumlah begitu besar, namun diharap sedikit sebanyak meringankan bebanan orang ramai saat ini. 

 

"Ia selari dengan matlamat RichWorks melahirkan ramai usahawan dan jutawan berjaya yang menyumbang semula kepada masyarakat dan negara.


 
“Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyumbang 30% kepada ekonomi negara, jadi kita perlukan kerjasama dan sokongan daripada kerajaan dan semua pihak untuk bantu lebih ramai peniaga dan usahawan untuk berjaya," jelasnya.

 

 

richworks

 

 

richworks

 

 

richworks

 

 

Katanya, bila lebih ramai berjaya maka bangsa usahawan ini dapat kembali menyumbang melalui pembayaran cukai, menunaikan zakat malah mencipta peluang pekerjaan baharu.

 

"Kami faham dengan cabaran dihadapi ramai orang bila peningkatan kos sara hidup malah dijangka 2023 lebih mencabar buat semua namun tidak mustahil untuk harungi dengan gemilang," ujarnya. - DagangNews.com