VS Industry sasar capex RM80 juta kembangkan kapasiti bagi FY23 | DagangNews Skip to main content

VS Industry sasar capex RM80 juta kembangkan kapasiti bagi FY23

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 6 Jan - VS Industry Berhad menyasarkan untuk menggunakan kira-kira RM80 juta untuk perbelanjaan modal (capex) bagi mengembangkan serta meningkatkan kapasiti serta keupayaan kumpulan bagi tahun kewangan 2023 (FY23).

 

Pegarah Urusanya, Datuk S. Y. Gan berkata, bagi operasi di Indonesia, pihaknya menjangkakan sumbangan yang lebih baik pada 2023 kerana pelanggan dijangka meningkatkan pesanan mereka.

 

Beliau berkata, FY22 merupakan tahun yang mencabar kerana penuh dengan pelbagai cabaran daripada kesan pandemik yang berpanjangan serta isu makroekonomi global.

 

Bagaimanapun, pihaknya berbesar hati untuk mengharungi keadaan operasi perniagaan yang membebankan ini dan memberikan prestasi yang membanggakan.

 

"Kami kekal fokus untuk mengembangkan perniagaan kami dan pada masa sama menjangkakan aliran operasi tempatan kami berada dalam keadaan memuaskan.

 

"Di peringkat kumpulan, kami akan terus menyalurkan sumber untuk mengukuhkan lagi inisiatif dalam amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

 

"Kami juga optimis terhadap prospek kami dan berpendapat bahawa prestasi kewangan Kumpulan pada FY23 adalah memuaskan," katanya dalam satu kenyataan selepas Mesyuarat Agung Tahunan kumpulan ke-40, hari ini.

 

Pada FY22, kumpulan itu meneruskan amalan pembayaran dividen suku tahunannya.

 

Jumlah dividen sesaham berjumlah 2.00 sen, mewakili pembayaran 45.8% berdasarkan pendapatan sesaham FY22sebanyak 4.37 sen.

 

Kumpulan itu mempunyai dasar pembayaran dividen sebanyak 40% daripada keuntungan bersih. - DagangNews.com