Coway bekerjasama dengan UM wujudkan pusat R&D pertama di luar Korea Selatan | DagangNews Skip to main content

Coway bekerjasama dengan UM wujudkan pusat R&D pertama di luar Korea Selatan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 21 April - Syarikat penapis air terkemuka Korea Selatan, Coway bekerjasama dengan Universiti Malaya (UM) bagi penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) antarabangsa pertamanya di Malaysia.

 

Coway Malaysia dalam satu kenyataan berkata, mereka berhasrat untuk memanfaatkan pemikiran profesor dan pelajar fakulti kejuruteraan dan sains untuk menghasilkan inovasi baharu dari segi teknologi.

 

"Dengan adanya pusat R&D ini, Coway Malaysia boleh menjalankan penyelidikan untuk menambah baik produk mereka selaras dengan keperluan rakyat Malaysia.

 

"Pada masa sama, jalinan kerjasama ini juga menyediakan khidmat latihan industri, perundingan, penajaan, penubuhan makmal dan pelbagai lagi," katanya.

 

Pengarah Urusan Coway, Kyle Choi berkata, ia merupakan pusat R&D pertama mereka di luar Korea Selatan.

 

"Berdasarkan kepada kedudukan strategiknya di Malaysia, kami boleh memberi fokus kepada menghasilkan barnag keperluan rumah yang direka khas untuk rakyat Malaysia," katanya.

 

Menerusi kerjasama itu kata, Coway menyasarkan untuk mempromosikan persefahaman antara kedua-dua pihak seperti mewujudkan peluang pekerjaan dan latihan industri untuk graduan UM serta pertukaran ilmu antara pakar industri dari Korea Selatan dan Malaysia.

 

Pusat R&D pertama Coway ditubuhkan oada 1993 di Seoul National University Research Park di Seoul, Korea Selatan.

 

Pembukaan pusat R&D kedua mereka, Coway Malaysia berkayikan bahawa syarikat itu bersedia untuk memberi komitmen bagi menjalankan penyelidikan dan inovasi setempat di luar Korea Selatan.

 

Antara isu yang akan diberi perhatian dalam kajian Coway Malaysia adalah mengenai kualiti air di Malaysia. - DagangNews.com