Cucu pengasas Genting ceburi pasaran kesihatan dan kesejahteraan AS$4.3 trilion | DagangNews Skip to main content

Cucu pengasas Genting ceburi pasaran kesihatan dan kesejahteraan AS$4.3 trilion

Lim Keong Han
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 28 Jun - Cucu kepada Pengasas Kumpulan Genting menceburi pasaran kesihatan dan kesejahteraan, apabila melancarkan pengaktif air teknologi kesan resonans molekul (MRET) yang tercanggih di Asia Tenggara.

 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Pegasus Aqua Sdn Bhd, Lim Keong Han berkata, mendiang datuknya, Tan Sri Lim Goh Tong adalah adalah orang yang memperkenalkan faedah penyembuhan dan rejuvenasi air diaktifkan MRET kepada keluarganya.

 

“Mendapat inspirasi daripada testimoni positif beliau dan digalakkan oleh potensi pertumbuhan pasaran kesihatan dan kesejahteraan di Malaysia  dan di seluruh dunia, kami mengambil keputusan bahawa masanya adalah sesuai untuk mengembangkan alat ini di rantau ini.

 

"Pegasus Aqua berhasrat untuk meraih faedah daripada kemewahan yang meningkat di rantau Asia Tenggara dan permintaan tinggi bagi produk kesihatan dan kesejahteraan yang berkualiti dan inovatif, dan membangunkan peluang kukuh bagi Pengaktif Air MRET kami dan mencapai sasaran hasil lebih RM20 juta dalam dua atau tiga tahun akan datang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Menurut Laporan Industri Kesihatan dan Kesejahteraan Global oleh ResearchAndMarkets.com, pasaran kesihatan dan kesejahteraan telah mencapai nilai AS$3.3 trilion (RM14.54 trilion) pada 2021 dan dijangka mencecah AS$4.3 trilion (RM18.94 trilion) menjelang 2027, meningkat pada CAGR sebanyak 4.2% bagi tempoh analisis 2022-2027.

 

Pengaktif Air Pegasus Aqua MRET pada masa ini adalah satu-satunya alat yang dibenarkan di Asia Tenggara untuk menggunakan teknologi kesan resonans molekul yang dipatenkan, yang mengubah ikatan molekul pada molekul air bagi membolehkannya diserap dengan lebih baik oleh sel dalam badan manusia. 

 

Meminum air diaktifkan MRET telah menunjukkan faedah penyembuhan dan rejuvenasi melalui peningkatan penghidratan.

 

 

aqua


 

 

MRET ditemui 20 tahun lepas oleh pereka dan saintis Rusia, Dr Igor Smirnov bersama-sama pasukan penyelidiknya. Sejak itu, air diaktifkan MRET telah popular di pasaran utama seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah. 

 

Pegasus Aqua berhasrat untuk memasarkan teknologi unik ini di pasaran Asia Tenggara yang tinggi pertumbuhannya dengan menjadi satu-satunya pengedar terkini dan eksklusif bagi Pengaktif Air Pegasus Aqua MRET di Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina.

 

Menjelaskan lebih lanjut mengenai alat itu, Dr Smirnov berkata, pengaktif air MRET adalah penulen air yang mengubah sudut ikatan H20 daripada 104.5° kepada 114.5°. 

 

"Kajian kami telah menunjukkan bahawa faedah meminum air diaktifkan MRET termasuklah peningkatan penghidratan, metabolisme yang ditambahbaik, morfologi yang diperkuatkan, peningkatan imuniti, kulit yang lebih sihat dan tenaga yang ditambahbaik," katanya.

 

Setiap alat didatangkan dengan bateri Li-Ion berkuasa tinggi, berkapasiti tinggi dan boleh dicas semula yang direka untuk memastikan tempoh hidup yang lebih panjang di samping memberikan kekuatan isyarat aktif yang efektif secara maksimum setiap kali digunakan. 

 

Pengaktif Air Pegasus Aqua MRET dijual pada harga runcit yang dicadangkan sebanyak RM4,500 setiap unit. Maklumat lanjut tentang Pegasus Aqua dan Pengaktif Air MRET boleh didapati di www.pegasusaqua.com. - DagangNews.com